love

love

Isnin, Jun 17, 2013

Dhia Batrisyia, Dhia Aleesya & Haziq Haikal

 
 Inilah dia gambar terkini anak2 mama yang sangat mama sayangi.. Alhamdulillah Batrisyia & Aleesya sangat sayangkan adiknya Haziq.  Berebut2 nak peluk nak cium adiknya.  Kakak Batrisyia tak sabar2 nak tunggu adiknya besar, "kakak nak dukung Haziq.. nak main2 dengan Haziq"... Kalau mama mintak tolong ambilkan napkin Haziq berebut2 kakak & Aleesya nak ambil utk adiknya. Kalau Haziq menangis berebut2 nak dodoikan adiknya.. berebut2 nak bagi susu kan adiknya..
 
Haziq Haikal seolah2 tahu gelagat kakak2nya.. mujurlah dia pun tak meragam... terima aje kalau kakaknya cubit pipinya.. kiss pipi dia sampai basah melekat air liur... huhu... Kalau dengar suara kakak2nya berpusing2 nak tgk.. tengah2 nak menyusu pun boleh berenti nak tengok kakaknya bila dgr suara kakak2nya tu... huhu bertuah... Mana taknya kan, dari dalam perut dgr suara kakaknya tu..
 
Semoga anak2 mama membesar dengan sihat.  Jadilah kamu adik beradik yang bersatu dan bersepakat. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.. Kamu semua adalah anak2 mama & papa yang amat dikasihi.  Hanya terbaik mama & papa inginkan utk kamu bertiga.  Jika ada sisa hidup mama di usia tua nanti, moga kalian bertiga menjadi anak yang sentiasa mengingati kedua org tuamu.. Hormatilah kedua orang tuamu dan orang yang lebih tua darimu.. Jangan dikau menderhaka dengan orang tuamu.  Semoga kamu bertiga menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa berbakti dan menyayangi ibu bapamu...  
Itulah doa mama buat anak2 mama. Sayang kamu semua..
 
 Batrisyia & Aleesya bersama Mak Langnya..

 Aleesya, kakak Haziq Haikal yang kecik molek :  pandai jaga adik ya...

 Haziq Haikal yang disayangi semua...

 Luv my kids... muaaahhhh

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...