Bercerita tentang penyusuan Haziq Haikal.. Buat masa ini, alhamdulillah saya masih menyusukan anak secara ekslusif.. Full BF... Syukur alhamdulillah kerana Tuhan memberikan rezeki buat anak saya untuk menyusu terus pada saya.
Sejak mengandung lagi saya sudah bercita2 dan mengimpikan untuk menyusukan Haziq secara esklusif sehingga Haziq berumur 2 tahun, insyallah.. Orang kata kalau niat baik, insyallah Allah akan membantu..
Alhamdulillah, tak henti2 saya panjatkan kesyukuran kerana masih bertenaga untuk menyusukan anak walaupun dah nak hampir sebulan bekerja. Masih mengepam susu dan kuantiti susu yang saya dapat sgt memuaskan.
Tempoh hari, seminggu sebelum nak masuk keje saya demam menggigil dan doc suspect denggi.. Seminggu saya tak menyusukan anak.. Saya sendiri tak larat nak bangun.. asyik muntah2 aje ketika itu. Mujur ada stok susu masa pantang masih banyak... Haziq banyak bergantung pada stok susu tersebut. Tetapi dalam masa yang sama hati saya sedih, adakah ini penghujung utk saya BF anak ketiga saya dan mula memberi Haziq susu formula...??
Namun dengan sokongan suami, kawan2 dan kuasa Allah, alhamdulillah selepas sihat dari demam menggigil saya kembali bertenaga dan teruskan BF anak. Saya juga mengepam seperti biasa. Pada mulanya agak sedih sbb hasilnya saya cuma dapat 2 oz walaupun dah 20minit mengepam. Namun saya still teruskan BF dan berfikir positif. Dalam masa yang sama saya makan supplement shaklee dan google serta join group KIM di FB. Alhamdullah info yang saya dapat sangat membantu. Dan kini penyusuan saya semakin rancak seperti biasa. Alhamdulillah.

2 ulasan:
alhamdulillah..tahniah mama ira. sy pun masih lg fully bf..alhamdulillah rezeki utk anak masih byk
bagus kak..keep it up....kte sentiase sokong akk....dan kte sme2 berusaha....yg ptg dpt BF anak secara eksklusif.... ;-)
Catat Ulasan