love

love

Rabu, Ogos 19, 2015

1 Ogos : Lahirnya Hakeem Hafiz

Sampai je kat rumah, mama baring dulu kt katil.. Tapi mama rasa xselesa sgt... Masih terasa pedih dan sesekali terasa sakit. Adakah ini tandanya? Mama dah rasa mcm tiba masanya tp hati macam terdetik betul atau sekadar sakit biasa... Lalu, mama ketepikan mainan perasaan.. Kalau nak sakit atau bersalin pun, apapun nak mandi bersihkan diri dulu... Solat dan makan... Itu target mama... 

Mama makan sama2 dgn papa.. Mama ckp kalau betul sakit kita gi hospital ya pa.. Papa setuju. Lepas isyak, mama dah rasa lain... Macam rasa contraction.. Mama cuba tahan dan cuba lelapkan diri. Rasa sgt tidak selesa. Duhai anak, dah tibakah masanya syg...? 

Dalam cuba melelapkan mata dan menahan rasa xselesa, mama dpt rasakan semakin kerap sakit... Mama dpt rasa ini kontraksi dan mungkin da tiba masanya... Rupanya dah pukul 11 lebih.. Maksudnya dan 3jam mama rasa sakit yg kerap ni... So mama decide nak pegi hospital juga malam ni.. Xnak amik apa2 risiko. Kalau false labour pun, xpelah esok balik rumah semula.

Dalam keadaan sakit, mama makan telur ayam kampung n minyak kelapa dara. Mama salam tangan maktok dan ayahtok minta maaf.. Moga dipermudahkan. Dalam hujan renyai mama dan papa bergerak ke kereta.. Kesian haziq menangis nak ikut mama.. Maaf syg, mama da sakit.. Xlarat sgt.

Ikutkan maktok ngan ayahtok suh gi hosp seremban je. Hehehe mama dan papa gerak ke kl terus, mmg target hospital pusrawi.. Moga Allah permudahkan. Tgk highway seberang sana menghala ke johor, jem gilee walaupun dh pukul 11 malam. Orang masih beraya agaknya. Mujur menghala ke kl jalan clear. Terima kasih Allah permudahkan segalanya.

Sampai pusrawi nurse akan buat CTG dan selepas sejam nurse check bukaan. Dah 3cm dan mmg ada kontraksi.. Alhamdulillah.. Baby dah ready nak keluar... 

"Sakit ya puan?" Tanya nurse dan mama mengiyakan. "Puan nak epidural ke?" Tanya nurse lagi dan mama kata xpe, mama boleh tahan lagi.

Nurse kemudian bagi ubat berak kt mama. Nurse masukkan cecair pd bontot mama. Tak lama lepas tu perut mama memulas2 dan terus nak berak. Lepas berak mama baring semula.

Nurse keluar dan menyuruh mama berehat. Setiap kali sakit, mama cuba menahan dan berzikir, tak cukup dr tu mama baca surah2 yg mudah nk baca. Mama pegang tangan papa. Ya Allah sakitnya. 

Dalam kol 2 doktor Salleh sampai..doc pun  check bukaan mama.. Masih 3cm juga. Doc kata "sakit ya puan... Nak epidural ke?" Jawapan mama still sama, "xpe lah doc, saya boleh tahan lagi."

TAk lama lepas tu tak silap mama dlm kol 3pagi mama terasa basah sebasah2nya... Rupanya air ketuban dan pecah... Basah sgt... Dengan kontraksi yg semakin kuat.. ya Allah... Kuatkan aku ya Allah... Sakitnya hanya Engkau sahaja yg tahu.. 

Dan dalam beberapa minit selepas itu mama dah rasa nak meneran dan tak tahan menangung sakit.. Nurse check bukaan dan 7cm.. Dan mama terus ckp "saya nak teran dah...." 

Nurse suruh teran perlahan2.. Ketika itu juga dr Salleh dtg dan bersedia dgn kelahiran putera mama ini.  Dalam keadaan yg sgt sakit mama cuba meneran... Ya Allah sakitnya... Siap ckp "sakitnya pa.." Mama ckp kat papa disebelah sambil mengengam tangan papa.

 Akhirnya entah ke berapa kali mama meneran, lahirlah putera mama ke dunia dengan tangisan yg membuatkan mama rasa syahdu di dalam penuh kesyukuran. Alhamdulillah.... Lahirnya Hakeem Hafiz, cinta hati mama dan papa yang kermpat. 1 ogos 2015, 3.37pagi.

 Terima kasih ya Allah di atas anugerah yang tidak ternilai ini. Terima kasih suami yg sentiasa bersama mama di saat kelahiran ini walau mama tahu papa penat melayan kerenah mama seminggu dua ini. Terima kasih keluarga dan sahabat yang sentiasa mendoakan. Duhai anak2 mama, Dhia Batrisyia, Dhia Aleesya dan Haziq Haikal... Inilah saudara kecil kamu yang baru... Cinta hati mama dan papa sama seperti kamu bertiga. 

1 ulasan:

Azura Asyikin berkata...

alhamdulillah.. tahniah miss.. selalu jenguk blog.. tak dapat nak komen.. sesekali bukak pc, baru puas baca story! congrats one again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...