love

love

Sabtu, Februari 19, 2011

Serangan KENCING KOTOR (UTI)..


waaa... tragis sungguh TAJUK kali ni.. sebelum tu tolong baca betul2... KENCING KOTOR tau bukan KENCING TIKUS...!! huhu nak stori sket.. diriku/Pn Ira/Mama-Ira hari Jumaat, 17/2 MC sebab dah TAK TAHAN dengan penangan simptom penyakit ini... memula tu Khamis, malam Jumaat tu ingatkan cuma sakit pinggang aje... tahan ajalah, sbb doc kata memang normal sakit pinggang masa ngandung nih... tapi sakit yang ku alami ni mmg sakit pinggang dan tetiba sakit semasa nak kencing... Ya Allah Tuhan aja yang tahu.. semalaman xtido sebab terasa nak kencing, tapi hasilnya xdapat kencing.. bayangkan dari 10 malam sampailah keesokkan paginya kol 8.30pagi xboleh nak kencing.. kalau kencing pun sikit jerr... fuhh masa tu memang dah tak tahan menanggung sakit, cakap kat husband jom laa pegi klinik, tanya doc kenapa sakit gini.. sakit sgt dah nih.....

doctor pun mengesahkan yang aku kena KENCING KOTOR, kencing dah ada kuman... doctor macam simpati kat aku sbb aku tgh mengandung... doctor kata, kalau ibu mengandung ni mudah nak dapat kencing kotor.. dia nasihatkan suh aku makan antibiotik dan satu lagi obat yang kena minum.. cam eno pun ada ubat tu... alhamdulillah, hari ni aku dah BERJAYA kencing... hoho

balik dari rumah aku pun google info KENCING KOTOR, dan inilah yang aku dapat... bukan kawan2 nak ckp, penyakit ni memang kebanyakkan orang pompuan yang kena... so bacalah.. SHARING is CARING....

INFO MENGENAI KENCING KOTOR
Kuman dari lubang jubur

Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama di kalangan wanita yang berumur antara 20-50 tahun. Selalunya kuman berasal dari kulit dubur , faraj atau lubang dubur (anus).

Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabilaberlaku jangkitan kuman, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.

Oleh itu para wanita diminta berhati-hati bila membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil atau besar. Punca yang biasa di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang (anus) ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.

Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing. Oleh itu saya selalu menyarankan agar selepas berjima’ haruslah membuang air kecil. Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

Kencing rasa terbakar

Setiap orang mempunyai simptom yang berbeza. Seorang wanita mengadu rasa ‘terbakar’ ketika sedang kencing. Pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing ke luar menyebabkan rasa sakit.

Ada pesakit yang mengadu mengalami tanda-tanda kerap kencing, atau rasa tidak puas kencing. Baru saja keluar dari bilik air, sudah rasa mahu kencing semula. Ini disebabkan pundi yang radang amat sensitif. Walaupun volume air kencing sedikit, namun pundi kencing akan berasa seolah-olah telah penuh. Lalu akan merangsang otak supaya merasakan untuk kencing semula.

Ada yang mengadu air kencing mereka mengandungi darah. Air kencing mereka menjadi kemerah-merahan. Ini dapat dipastikan dengan ujian pemeriksaan air kencing di bawah mikroskop.

Saya merasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen, terutama ketika melakukan hubungan seks”.

Itu adalah tanda-tanda kuman telah ke bahagian yang lebih dalam di bahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.

Malah ada yang mengalami demam yang tinggi. Suhu badannya sekejap tinggi dan sekejap reda. Pesakit mengalami seram sejuk.

Namun ada juga pesakit tidak menyedari dia mengalami ‘kencing kotor’. Bagi wanita yang tidak hamil, ianya mudah dirawati. Namun bagi wanita hamil, ‘kencing kotor’ yang tidak dikesan dan dirawat boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakan uah pinggang/ginjal.

Oleh itu di Malaysia, setiap wanita hamil perlu menjadi pemeriksaan air kencing untuk mengesan masalah ini walaupun mereka tidak merasa sakit ketika sedang kencing, atau berasa kerap mahu kencing. Ini adalah suatu strategi pencegahan awal untuk mengelakkan komplikasi ketika hamil.

Mengapa wanita hamil mudah mendapat ‘kencing kotor’?

Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding dengan lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus. (urethra adalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar).

Wanita yang hamil pula lebih mudah menghadapi jangkitan kuman berbanding degan wanita yang tidak hamil. Selain dari urethra yang pendek, ini disebabkan perubahan hormon dalam wanita yang hamil.

Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan punding kencing bertambah lemah, seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkakan pengaliran air kencing.

Pada masa yang sama, rahem juga membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.

Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak.

Malah air kencing wanita yang hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula, (akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.

Disebabkan faktor-faktor ini, wanita yang hamil mudah dijangkiti ’kencing kotor’. Komplikasi kepada masalah ini ialah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pyelonephritis). Ia adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman itu boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.

Bayi yang dikandung juga mengalami kesan yang teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal (preterm labor) dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.

Oleh itu sekali lagi saya mengingatkan para ibu yang hamil supaya bersabar dengan arahan doctor dan menjalani pemeriksaan air kencing walaupun tidak mengalami masalah dengan air kencing dan kelihatan sihat.

Perlukah rawatan susulan ?

Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.

Makanlah sehingga habis ubat antibiotic yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).

Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital

Bagaimana mencegah ‘kencing kotor’ ?

Jika wanita yang tidak hamil atau mengalami tanda-tanda awal ’kencing kotor’ seperti kerap kencing, rasa sakit ketika sedang kencing atau tidak selesa di bahagian bawah abdomen, bolehlah mencuba tips berikut.

1. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing. Jika berkesempatan ke farmasi, dapatkan beberapa ungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g, dan mempunyai perasa lemon.

Namun jika ianya berlangsung selama 3 hari atau air kencing kelihatan berdarah atau demam yang teruk, pesakit dinasihat agar terus berjumpa doktor.

Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, ’kencing kotor’ mudah merebak ke buah pinggang.

2. Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.

3. Terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing, akan mengalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.

4. Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuangkencing, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

5. Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat atau diperbuat dari nilon.

6. Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan bersama suami. Namun saya menasihatkan agar buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

7. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor.

8. Kurangkan makan makanan yang manis, atau minum air yang mengandungi caffeine.

9. Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 – 500 mg), Beta-carotene (25,000 – 50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah.

Sesungguhnya usaha mencegah itu lebih baik dan mudah dari usaha merawat.

Wallahu a’lam.

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (131210) http://drzubaidi.com/blog/?p=1100

INFO LAIN

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak

naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala

  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.

  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.

  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.

  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.

  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

  • Demam dan seram sejuk.

  • selebihnya boleh refer blog ini : http://ubatsihat.blogspot.com/2007/07/kencing-kotor-uti.html
INFO lagi, KENCING KOTOR TANDA SAKIT BUAH PINGGANG
http://promote5.blogspirit.com/archive/2006/11/07/kencing-kotor-tanda-sakit-buah-pinggang.html
diagram Kencing Kotor dalam proses pencernaan

selain antibiotik, inilah ubat yang aku dapat selepas pemeriksaan doctor

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...