KL - Seremban - Mertua.
Saya sudah pun berpindah ke seremban... dah beli rumah kat sana.. Jadi sekarang stay bersama keluarga mertua. Ya saya dah duduk satu bumbung dengan mertua dan adik2 ipar saya.. Opss jangan pelik... saya memang baik dengan keluarga mertua dan begitu juga disebaliknya. Jadi tak ada masalah tinggal bersama mereka. Ada kengkawan yang kata tak ramai menantu yang sanggup dok bersama dengan mertua. Ada yang menyatakan adakah saya bertahan duduk dengan mertua.. Insyallah akan bertahan sampai bila-bila Keluarga suami, keluarga saya juga.. hingga akhir hayat. Benar ada peribahasa yang berbunyi JAUH BAU BUNGA, DEKAT BAU TAHI yang bermaksud Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar Insyallah pada saya dekat & jauh tetap berbau BUNGA... Ikhlas saya katakan. Saya memang serasi dengan mertua. Kalau tidak masakan semasa berpantang utk ketiga-tiga anak saya, saya berpantang dengan ibu mertua saya.
Permulaan saya duduk dengan mertua ketika saya melahirkan Batrisyia. Saya bersalin operate. Agaknya susah nak menjaga diri dan baby ketika itu. Sungguh tersentuh apabila mak mertua sayalah yang menjaga saya, memandikan saya ketika berpantang. Makan minum pakai saya semua mak jaga.. sampaikan baju bahagian "dalam" mak yang cuci dan lipat. Sungguh tersentuh hati saya. Terima kasih mak. Hingga kini saya tak betah duduk bersama keluarga mertua.
Jika tiada salah faham tu, bohonglah. Pada saya sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula pertalian keluarga. Betul tak? Saya berpegang prinsip bertolak ansur... mengalah.. menghormati. Prinsip ini juga demi kebaikan keluarga saya juga. Apa salahnya mengamalkannya demi kebaikan dua pihak. Untuk apa pertikaian yang akan menyebabkan hancur pertalian keluarga. Saya tak boleh nak judge masing2 punya ragam sbb saya sendiri pun tahu diri saya banyak ragamnya.. husband dah faham sgt dgn ragam saya... terima kasih kepada suami yang amat memahami. Apapun give n take...
Seronok duduk dalam keluarga yang besar. Rumah sentiasa riuh. Kalau sunyi sepi time malam jer bila semua dah masuk tido.. Kalau time makan, semua berkumpul makan.. Kalau time tgk tv semua dok layan tv sesama.. tergelak2 sama2.. menjadi pengulas bersama2.. huhu..
Alhamdulillah anak2 pun terurus.. Buat masa ni mak sanggup jaga anak2 saya Batrisyia, Aleesya & Haziq Haikal... Mak jaga diaorg bagai menatang minyak yang penuh... Seronoklah anak2 saya... Saya pun tak susah hati walaupun travel KL-Seremban, anak2 mak jaga.. Tak de risau kena dera ker, kena tinggal ker.. (tak leh lupa kes2 babysitter saya sebelum ni).. Kalau mak dah tak larat satu masa nanti, kami akan cari maid utk jagakan anak2 kami. Sebenarnya rasa bersalah juga kerana susahkan mak.. Patutnya kami yang jaga mak.. ini kami plak yang suruh mak jaga anak2 kami.. Terima kasih mak sbb sanggup jaga cucu2 mak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan