love

love

Jumaat, Jun 14, 2013

Review : Haziq Haikal 2 Bulan

 
 
Pejam celik, pejam celik.. anak lelaki mama dah nak masuk 3 bulan minggu depan.. Lamanya tak update blog  memandangkan dah stat keje, dengan rutin keje yang sedia ada serta anak2.  Sekarang saya dah berulang KL-Seremban.. huhu jauh ke?? taklah jauh sangat... kenapa saya berulang?? Nanti saya stori mori.. banyak entri yang akan review selepas ini.. almaklumlah dah ada tiga anak sekarang.. kena fokus pada mereka.. dan dalam masa yang sama telah kembali bekerja.. jadi kena tingkatkan kualiti dan kurangkan kontroversi.. huhu
Haziq Haikal dah nak masuk tiga bulan minggu depan.. Masa lahir hari tu berat dia 3.1kg... kemudian bila bulan pertama timbang & cucuk anak mama dah 4.5kg... Masuk dua bulan, anak mama dah 5.5kg.. alhamdulillah.. walaupun tak naik banyak tapi mama nampak perubahan yang sgt ketara pada pipi Haziq dan bentuk badan Haziq yang dah bam bam tu... Rasa puas sgt sebab mama fully BF dia hingga ke hari ini.. Terima kasih buat teman2 & hubby yang byk support saya utk menyusukan anak.
Haziq Haikal dah pandai diagah2.. Sangat peramah... Mulutnya sampai muncung2 nak bercakap.. Macam paham sgt apa yg org agah & cakap dengan dia... Geram mama tengok. Haziq pun macam tau2 jer mama & papa travel KL-Seremban.. Malam2 dia tak meragam sgt.. Kalau bangun tido pun nak menyusu.. So far Haziq tak pernah meragam teruk.. Cuma kalau dia nangis tu nak susu, kadang2 tak selesa kalau berak.. itu aja... Haziq pun tak pernah kembung.. Alhamdulillah kerana Allah melindungi anak2 mama serta diberi kesihatan yang baik.  
 Inilah dia Haziq Haikal sewaktu lahir dan seminggu selepas itu... hensem tak anak bujang saya ni... huhu

 haaaa.. yang ni Haziq dah sebulan.. dah botak... dgn papa dia sekali botak..

Haziq dah dua bulan.. dah ada rambut... huhu
Haziq mama yang dah bam bam.... bolat2 matanya...

1 ulasan:

- AZIE - berkata...

lebatnya rambut haziq...dh 2 bulan lebat betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...