love

love

Isnin, Mac 23, 2015

Rezeki

Alhamdulillah.. Hampir 35 tahun masih menghuni dunia. Banyak pahit dan manis yg telah ditempuhi. Bagi hidup mama.. Segalanya adalah kematangan dlm kehidupan. Semuanya adalah rezeki.. Allah dah bagi yg terbaik pd hidup kita sekeluarga. Jika ada dugaan yg dilalui, Allah tetap akan hadiahkn pelangi.  Insha Allah..

Anak-anak mama, jangan ditangisi dugaan yg datang. Kuatkan semangat teruskan perjuangan.  Allah menguji dengan banyak cara. Alhamdulillah, mama jarang hadapi masalah di dalam keluarga kita.  Bahagia bersama anak-anak mama dan juga bahagia bersama papa.

Malah Allah banyak permudahkan urusan mama.  Jika mama susah, mama akan temui petunjuk untuk menyelesaikan masalah.   Selang dua tahun mama akan mengandung dan keluarga kita semakin hari semakin membesar.  Alhamdulillah.  Kalian lah rezeki mama dan papa.

Tika ini mama mengandungkan adik kalian. Tak tahulah perempuan atau lelaki.  Kita tunggu nanti resultnya.  Mama tak kisah lelaki atau perempuan... Mungkin sebab Haziq dah ada... mama dah ada anak perempuan dan anak lelaki.  Kali ini tak kisah perempuan atau lelaki... Semuanya buah hati mama..

Nanti kita sambung cerita lagi.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...