love

love

Isnin, Mac 23, 2015

Rajin-rajin memasak


Hai anak2 mama.... Haaa kali ni topik memasak ya... bukan mama suruh jadi Chef plak... Haaaa baca sampai abis topik mama hari ni... Haaaa kakak Batrisyia yang bijak... Aleesya yang comei... Haziq encem mama... Mama nak habaq... Esok dah besau panjang, kena rajin masak tau... Masak sendiri lagi puas ati dari mkn kt luar... Toksah nak liat sgt  nak masak nooo.. Tak tahu boleh belajar... Panggil je tok Google tu... Banyak yg keluar nanti...

Maiii mama nak habaq naper perlu masak....

JIMAT
Brg dah naik nak oii.. Takat nak makan nasi goreng ayam, nasi goreng kampung sonang aje tu. Masak dua pot nasi, boleh masak banyak. Boleh makan berulang2. Kalau beli kt kedai belum tentu sedap dan belum tentu boleh mkn ulang2.

MUDAH
Anak2 mama, nak masak telur goreng takkan sanggup nak beli bungkus kt mamak kot... Masak sendiri puas hati.. Nak masak separuh, nak masak sebelah... Nak masak suku.. Sendiri boleh bikin.. Kalau order kt kedai dia akan kata kita byk songeh... Walaupun kita kata "saya byr apa...." Huhh belum tentu dia akan ikut citarasa kita.

SEDAPP
Masak sendiri, kita ikut bahan2 kita... Kalau teringin nak masak gulai cili api (itu favourite mama tu). Cili tu kita tumbuk campur dgn kunyit hidup, bwg, serai titik... Huh kalau order kt luar, semua dia blend... Kelapa yg instant punya... Hmmmmm tak terasa mcm masakan kampung kot..

ERAT KASIH SAYANG
Kalau dh pandai masak... Utk anak perempuan mama, nt leh pikat hati suami ngan mertua... Sampai takkan makan kt luar, mesti nak tunggu masakan kita... Itu mengerat hubungan kasih syg... Kalau anak lelaki mama, belajar ya masak... Esok2 kalau anak2 kamu nak mkn, kalau mamanya sakit takkan tak nak masak... Esok2 kalau bini kamu pantang takkan nak order masakan pantang kt gerai mamak... Ingat ada... Haaaaaa belajar2..

Huh... Esok2 mama dan papa dah tua ni nak bertandang umah korang, takkan nak bagi mama mkn pizza kfc... Eiii tak sior teman... Kikiki

Haaaaa tu diaaaaaaa.... Dulu arwah atok walaupun buta, suka masak sendiri... Uwan pun rajin masak... Mama kdg2 rindu air tangan arwah atok dan juga uwan kamu... Tapi uwan pun dah tua.. Tak nak susah dia semata2 tekak mama yg teringin ni... Bila nak jumpa uwan kamu, mama tak sabar-sabar nak masakkan utk uwan. Nak tengok uwan makan hasil air tangan mama.

Papa pun pandai masak tau... Makanan favorite papa, selain asam pedas, sambak cili kering goreng.. Nanti anak-anak mama dah besar, mama ajarkan buat macam mana ya...


Nanti bila mama dah tua, anak2 mama lah yg masakan utk mama dan papa tau... Bolehhh???? Muahhh cyg kamu semua.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...