Demam di kala mengandung..
Hari tu hampir 4 hari saya demam. Demam kali ni sangat menguji di kala saya sedang mengandung. Rasanya sebelum ni saya mengandung tak pernah demam macam ni. Mungkin ini ujian untuk saya. Saya terima dan redha. Cumanya sedikit kebimbangan jika memberi kesan kepada anak di dalam kandungan.
Kali ni saya demam mengigil2.. Badan bisa2... Kata papa demam urat.. Seram sejuk rasa badan. Lepas tu badan lemah semacam aje. Badan tak de lah panas mana. Tapi dia punya lesu... huuu tak terkata.
Saya pun ajak suami ke klinik sbb dah tak larat. Kali pertama pegi ke klinik doktor bagi ubat demam, batuk dan selsema. Mungkin dia tau saya risau ubat2 itu effect pada baby, dia sendiri dah explain pada saya bahawa ibu mengandung boleh makan ubat demam dan juga ubat2 yang lain dengan nasihat dari doktor. Kebimbangan saya terjawab. Doktor suruh saya makan ubat ikut dos yang ditetapkan. Jika tak sembuh mungkin antiobiotik akan diberi.
Risau juga makan ubat2 di kala mengandung ni. Sebab tu kalau boleh saya mengelak tak nak kesihatan terjejas di kala mengandung. Namun kuasa Tuhan, siapa boleh menghalang. Dengan keadaan cuaca yang hujan dan sejuk, saya yang mengandung dengan keadaan antibodi tidak kuat memang mudah akan terkena jangkitan demam.
Hari ketiga, masa tu cuti Deepavali saya dah tak larat menangung demam. Even nak makan macam tak lalu. Mandi pun tak nak. (huhu tak senonoh) Nak baring aja. Kesian kat Batrisyia & Aleesya, boring agaknya tgk mamanya melepek atas katil. Kakak dok merayu2 nak gi jalan. Alahai anak, mama tak larat sgt.
Kesian juga kat hubby yang juga sama2 demam dengan saya. Dia pun tak larat, tapi digagahkan juga dengan melayan anak2. Sebab dia tgk saya dh melepek atas katil. Saya siap request nak bubur. Hubby masakkan juga walaupun dlm masa yang sama dia sendiri tak larat. Kesian hubby time nak masak anak2 sibuk kat dapur, sampai terluka buku lali kena pisau...nak selamatkan anak daripada bekas pemotong dan pisau terjatuh. alahaiiii.....
At last dengan rayuan.. dan mungkin hubby kesian tgk saya tak larat, dia pun bawa saya ke klinik utk kali kedua. Kesian Aleesya juga berjangkit dengan mamanya. Dua-dua papa bawak pegi klinik. Kali ni doktor check, suhu badan masih normal. Tp saya khabarkan pada doktor yang saya tak larat sgt.. seram sejuk dan lesu sangat.
Nampak yang doktor simpati dengan keadaan saya. Dia suruh saya bersabar. Dia akan beri antibiotik utk saya dan memberi jaminan antibiotik ini sesuai dengan ibu mengandung. Kemudian saya juga bercerita yang sejak saya demam ni saya rasa baby tak gerak.. risau sgt. Doktor kata "yelah bila ibu dah sakit, anaknya pun sakit. Kalau puan nak kepastian, saya boleh scan untuk lihat keadaan bayi puan.." Saya bersetuju dengan cadangan doktor.
Alhamdulillah, bila doktor scan, anak saya sedang aktif di dalam perut. Bergerak-gerak. Terima kasih Tuhan. Saya bersyukur yang amat sangat. Biarlah saya menanggung kesakitan ini asalkan anak di dalam kandungan selamat dan masih aktif.
Alhamdulillah, hari ini saya dah sihat sepenuhnya. Terima kasih Allah kerana memberi saya kesihatan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan