Minggu lepas, saya mendapat berita yang mendukacitakan.. Berita pemergian seorang sahabat dan bekas student saya. Sesungguh, ajal maut, jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali. Benar...
Bercerita mengenai arwah sahabat saya yang bernama Hanafee... pensyarah English dari Sekolah Pengajian Sains Kemanusian... di kalangan student arwah dikenali sebagai Mr H... kiranya dia pangkat adik pada saya. Orangnya ceria dan suka menyakat. Disenangi oleh semua orang. Saya ingat lagi masa dia masuk keja saya sedang bercuti pantang anak pertama. Masa tu, partner saya, adik shima agaknya selalu cerita pasal saya kat dia.. Bila saya masuk keje jer, dia siap kata " Ohh... inilah kak ira yang dapat baby comei tu ya.." Masih ingatlah itu ayat2 permulaan saya berkenalan dengan arwah. Kemudian saya terlibat dengan Brainstorming di PD satu team dengan arwah. Kuat menyakat sangat2.. Mentang2 masa tu saya seorang sahaja perempuan dalam team Brainstorming tu. Yang lain semua lelaki. Nak bagi idea2 masa tu sangatlah malu2.. maklumlah sorang jer perempuan.. yang lain semua lelaki.. bila tang lelaki bergosip saya macam terkedu.. (p/sss : Rupanya lelaki laki kuat bergosip dari perempuan tau... ) huhu.
Arwah Hanafee selalu menyakat saya... suka petik2 nama saya bila kena bagi talk.. bertuah... suka sangat tgk muka saya yang meram padam menahan malu... huhu.. yang paling saya tak lupa dia suka kata saya ni "datang keje mengandung... pastu cuti bersalin... tu je la keje kak ira.." hahaha.... memang!! ye lah stat saya kenal dia sampai lah saya dah nak masuk anak ketiga, memang dia taulah perkembangan saya. huhu... "Taulah abg maiwp hensem..." Itulah usikan dia yang buat saya tersipu2 malu.. maklumlah kadang2 dia cakap cam tu dalam lift dengan ramai kwn2 yg lain. Bertuah!!
Arwah meninggal pada hari Ahad, 18 Nov kerana serangan jantung.
Dan menurut sumber yang lain, arwah ada buat bypass jantung.
Apapun semoga arwah bersemadi dengan tenang di sana. Allah lebih menyayangi beliau. Saya simpati pada keluarga beliau terutama sekali isteri beliau yang sedang sarat mengandung. Ya Allah semoga Engkau memberi kekuatan dan ketabahan kepada isteri beliau.
inilah dia kenangan brainstorming semasa saya dengan arwah menjadi satu team dahulu... gambar kecik jer... arwah yang pakai baju sejuk kaler maroon tu...
Bercerita pula mengenai arwah Azlan, bekas student Cybernetics jurusan DPP. Saya tak berkesempatan mengajar arwah. Tapi yang membuatkan saya mengenali arwah ialah arwah menjual nasi lemak yang sangat sedap. Saya merupakan pelanggan tetap arwah masa tu. Siap saya tempah dah cakap nasi lemak dia menjadi makanan favourite masa saya mengandung anak kedua.
Arwah baik orangya. Pelajar yang menghormati pensyarah dan berbudi bahasa. Arwah merupakan adik kepada kakitangan di Jabatan Kebajikan, Zaini. Arwah juga baru sahaja bergraduat tahun lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Kehilangan arwah Hanafee dan Azlan amat dirasai oleh warga Cybernetics. Pagi tadi semua warga Cybernetics membuat solat ghaib, bacaan yassin dan tahlil.
Al-Fatihah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan