love

love

Khamis, November 22, 2012

Update Modul

 
 
Minggu ni saya berhempas pulas nak update modul. Actually modul yang saya buat dah siap sepenuhnya (100%) tetapi rasanya this sem perlu ada penambahbaikan. Oklah saya tengah rajin jadi saya decide nak update modul saya untuk kemudahan pelajar2 saya. So far modul yang sedang hangat di pasaran C-Shop.. huhu.. ialah Introduction to Multimedia, Grafik & Animasi Komputer dan Desktop Publishing.
 
Sebenarnya untung student di Cybernetics ni sbb modul yang ada telah di kemaskini dengan padat dan kebanyakkannya ada yang berbahasa melayu.  Harga pun tak lah mahal mana. Lecturer pun tak dapat untung or royalti pun sbb ini semua dikira sebagai komitmen pensyarah.  Sebenarnya saya sedikit tidak puas hati kerana tiada royalti yang diberikan kepada pensyarah, kalau diikut bengkel penulisan yang saya pergi ini dikira sebagai isu hakcipta! Penulis@pensyarah berhak mendapat komisyen dari hasil penulisan mereka. Memang betul sumber penulisan adalah dari internet atau buku rujukan. Namun, ianya telah diterjemah, diolah dan diilustrasi sendiri oleh pensyarah.  Ianya adalah hasil karya pensyarah sendiri. Idea dan olahan yang original dari pensyarah.
 
Kalau nak rujuk buku2 pendidikan yang lain kebanyakkan pun mereka rujukan dari internet atau buku2 rujukan yang lain.  Kemudian mereka olah, dan ilustrasi menggunakan idea dan kreativiti mereka sendiri. Ini dikira sebagai hakcipta mereka.  Tiada siapa yang boleh menyangkalnya lagi.
Tapi tak apalah, saya malas nak merungut isu ini.  Kalau ada rezeki saya, adalah! Kalau tak ada pun tak apa.  Saya sudah cukup puas hati melihat anak didik saya menelaah buku hasil dari olahan saya sendiri. Olahan ini saya buat berdasarkan pemerhatian dan kajian saya melihat sejauh mana kehendak dan harapan pelajar yang hendak membuat rujukan dengan senang.  Saya pernah jadi pelajar satu tika dulu, jadi saya tempatkan diri saya sebagai pelajar untuk merujuk modul2 yang saya olah sendiri.  Mesti ada point form, ilustrasi atau diagram ataupun gambar yang boleh menerangkan topik2 tersebut.  Kemudian dilampirkan pula soalan tutorial, kajian kes, dan contoh soalan2 peperiksaan yang lepas.  Itulah yang saya buat untuk modul saya kali ini.
 
Semoga pelajar berpuas hati dengan olahan saya ini.  Segala kekurangan akan dibuat penambahbaikan di masa akan datang, insyallah.
 
ya... itu poster yang dikeluarkan oleh Academic Office...
Baiklah, saya yang menurut perintahs....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...