Beberapa bulan yang lepas saya & keluarga berjalan ke Gambang. Tujuannya adalah untuk menghantar adik iparku ke Universiti Malaysia Pahang (UMP). Adik kepada suamiku ini merupakan adik beliau yang ketiga. Perempuan. Memgambil jurusan Ijazah Pengurusan Projek di sini. Alhamdulillah selepas habis Diploma tempoh hari dia terus ditawarkan belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Jadinya adalah menjadi tanggungjawab suamiku menjaga adik2nya. Saya faham tanggungjawab dia sebagai seorang anak lelaki sulung yang takkan putus tanggungjawabnya terhadap ibu bapa & adik2nya. Sangat faham dan sentiasa memberi sokongan pada suami. Apa yang mampu kami bantu.
Untuk itu kami menghantar Sis Ema ke Gambang. Selalunya dia naik bas, tapi kali ni baru nak buka sem, jadinya barang2 banyak nak kena angkut. Kami faham, jadi kami offer kan diri untuk menghantar dia ke universiti di samping membawa anak2 berjalan2 menghantar makciknya.
So adalah beberapa gambar yang kami snap untuk dijadikan kenangan. Masa ni pun saya baru2 lagi tahu yang saya dah berbadan dua. Mood pun agak suram sedikit. Penat & lelah apatah lagi... Lebih2 lagi menghadap dua anak yang sedang membesar. Memang lelah di buatnya walaupun tak drive. Bila aya offer diri kat en suami, dia tak kasi saya drive... (huhu nak mengelak jaga anak lah tu...) hahah.. Saya tahu, dia rasa bertanggungjawab sepanjang perjalanan kami dari KL-Gambang... sebab tu dia tak nak saya drive tambah pula keadaan saya ini.. Terima kasih ya en suami...
sempat juga kami berjalan2 di kuantan... niat hati nak jumpa Pn Azwina.. hehe tapi tak de rezeki.. tak pelah lain kali lah ya Win...
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
bergambar kenangan di Kuantan
macam2 ragam anak-anak mama...
tu dia mak cik Ema yang cute aje orangnya..
2 ulasan:
alah ira..ruginya tak de kat kuantan..ko dah sampai bandar ktn tu..dekat je dengan rumah aku..huhuhu..
Catat Ulasan