Tadi call diaorg sbb nak mintak tolong... asal nak mintak tolong jer, call.. asal call jer nak mintak tolong ek... huhuhu.. dah lama tak gossip borak ngan diaorg. Jadiknya rindu ler sangat. (korang nape tak call...?? waaaa) hehehe nak jimat ler tu msg ajer... heheh.. actually aku tau diaorg memasing sibuk dengan class.. yang sorang tu sibuk dengan MQA.. yang sorang tu sibuk ngan class dan sorang lagi tu sibuk dengan Chicken-Chop (C-Chop) dia... hahhaa siapakah orang2 itu?? Meh saya perkenalkan kengkawan saya di kolej.
haaaa... yang bertudung ijau tu nama dia Cik Amy. Single & Available lagik. huhu.. Lemah lembut orangnya. Tetapi dalam kelembutannya itu ada ketegasan dia. Aku penah tgk dia mare2 di C-Chop pada student2. Haa padan muka diaorg. Ada talent Amy nih jadik lecturer upenya. Tapi dia tak moh.. Sepanjang kenal ngan dia, Amy ni kelakar gaks orangnya. Suka sangat puji-puji aku yang "comel" ni. hahahha... wek..wek..wek.. Dia stat baik ngan aku sejak aku belum kawin lagi.. ala time aku pakai baju kebaya dulu. Pastu pakai kasut heel ada riben-riben. huhu.. tak tahan bile dia dok cerita kisah muda mudi aku tu.. cewahh... Amy ni caring & concern orangnya. Seorang kawan yang sentiasa bersama susah dan senang. Amy jugak seorang pendengar yang sangat setia. Banyak lagi citer pasal Amy yang tak dapat aku ungkapkan. Apapun dia seorang kawan yang baik dan memahami. Aku sayangkan dia.

Haaa.. yang baju kelabu tu nama dia Jaya. Dia ni partner aku di department aku, School of Computing & Engineering (SCE). Seorang ibu kepada dua hero hindustan. hehe. She is very good fren. (uiks apsal plaks speaking nih) huhu.. aku kalau dgn jaya kdg2 broken english. Ye lah Jaya kadang2 ckp ngan aku speaking2. Ish tak leh jadik, aku pun nak speaking gaks walaupun broken.. hahaha.. leh improve gaks kan.. huhu.. Menjadi partner Jaya di SCE (korang ingat partner mende, partner yg aku maksudkan nih dok sebelah menyebelah, separate by partition), kekadang aku menjadi translator jaya untuk mengubah bahasa inggeris ke bahasa melayu. Sementara jaya menjadi translator aku mengubah bahasa melayu ke bahasa inggeris. Ianya sangat dipratikkan sewaktu moderate paper exam. hehehe.. Berkawan dengan jaya, aku banyak bercerita about family dengan dia especially pasal anak2. Kalau anak dia demam dia citer kat aku.. kalau laki dia demam pun dia citer kat aku. Kalau dia demam, dia sms jer kat aku (haha sbb dia mc, tak dtg keje). Jaya juga banyak sharing knowledge dgn aku. The latest knowledge yang dia sharing ngan aku, pengiraan untuk mendapat baby gurl or boys. Fuh lepas ni leh panggil doc Jaya. Hehehe sharing is caring! Dia juga seorang kawan yang baik.
Dan yang pakai baju peach tu Pn Shima, kengkadang aku panggil di shimot. Ibu kepada hero yang bernama Darwish Aryan. Hot mama nih! Dah boleh pakai baju kebaya.. hehehe. Seorang yang berdisiplin.. ermm tgk aja dia punya pantang makan sampai nak tunggu 100 hari.. fuh aku yang pernah berpantang sebelum ni pun xpenah disiplin sampai macam tu sekali. Baguslah shima.. kali ni akk cuba, kalau tak sampai 100hari pun tak apa.. asalkan pantang makan. tapi kalau termiss sbb minum teh ais tu, kira halal lah.. hahaha.. Seorang rakan yang concern sgt. Tak leh lupa sangat caring aku masa aku ngandungkan Batrisyia dulu. Siap masakkan utk aku. Siap bagi makanan dia kat aku sbb aku terliur apa yg dia tapaukan. Yang aku punya aku tak nak. haha sampai macam tu sekali. Seorang rakan yang sanggup susah senang bersama. Pendengar yang setia. Pembakar semangat. Dia ni lecturer psikologi, kekadang aku pun kena psiko ngan dia. Tapi besh jugak ada kengkawan cam ni. Dapat berfikiran positif. Kuat gosip cam aku, hahaha tapi bukan jenis jaga tepi kain orang. Tepi kain sendiri pun jenuh nak jaga kan...?? apapun dia seorang rakan yang baik padaku.
Terima kasih buat rakan2ku ini. KORANGLAH PALING COMEL DIHATIKU... heheh... Inilah dia gambar2 sebenar diaorg yang comei2.. walaupun dah bergelar ibu, comel jugak tau. Amy kami menunggu amy aja lagi.. Lepas tu boleh join the club. Skang ni amy bawah umur lagik, tapi kami tetap terima dia as a besh fren.. hahaha.. jangan marah ya amy.. huhu...
Ok lah itu aja hari ni... daaaa

3 ulasan:
Suka tgk kak ira, kak amy, kak jaya dan kak shima berkwan...
Ni la baru dipanggil kawan sejati yang sentiasa support each other...
susah senang sentiasa bersama....bukan hanya perlukan kawan diwaktu kesusahan sahaja...
Pergunakan kawan untuk kepentingan diri sendiri...sya benci kawan yg mcm tu...
Emo plak kan..huhu =p
dilla mmg emo...heeee...xdela..akak gurau jex..k.ira asal wt gmbo kte cm 2? buroknye..hehhee...tq akak sebab puji kte lelebih..hehehee..rindu jgk kt akak....i.allah persahabatan kte akan kekal selamanya....i'm very proud because ade kwn mcm akak, jaya amy...saling memahami... ;-)
dilla : sabar ya dilla.. akk pun penah terkena mcm dilla satu tika dulu. Maafkan sahaja mereka2 itu..
satu masa nt dilla akan jp teman sejati.... seperti akk... gumbira ada kengkawan spt diaorg nih.. dalam hati ada taman! =)
shima : heheh saja je uat gambo camtu.. asyik gambo control cun jerk.. huhu.. semoga persahabatan kita kekal abadi selamanya....
Catat Ulasan