Aku rasa kengkawan yang dah ada anak lebih dari satu mesti mengalami perkara yang sama spt aku. Dan mungkin ada tips yang boleh dikongsi bersama dgnku.. sudi-sudikan lah ya. Terutama mak, kakyong, kengkawan : awin, ina, illa, kak k-own, kak ayum, kak ina, kak miah, kak ayus, kak shalez, liza dan semua2lah ya..
Bila dah ada anak kedua, ketiga dan seterusnya, rupa banyak ilmu yang perlu kita belajar tentang KEIBUBAPAAN ini…mendidik, menjaga & membesarkan anak. Memang tak semudah yang kita sangka. Dulu sebelum kawin, kadang2 selalu ckp kat mak abah lebihkan adik2 aku. dulu time kitaorg sekolah dapat duit banje 50sen aje.. tapi tang kak lang ngan nabila dapat 1.50sen.. mana aci.. hohoho...
Tapi skrang baru rasa bila aku sendiri dah jadi mama.. Dah rasa kepayahan mengandung, dah rasa kepayahan bersalin dan kali ni dah rasa perit getir membesarkan anak2. Memang tak semudah yang dijangka. Bila melibatkan anak2, banyak benda yang perlu dititiberatkan. Kesihatan mereka, makan minum mereka, kebahagian mereka, kegembiraan mereka.. semuanya penting. Kalau dulu mama kuat shopping baju baru. Tapi sejak anak2 mama dah ada, semuanya utk kamu berdua syg.
Sejak Batrisyia dah ada adik, aku akui tumpuan aku banyak kpd Aleesya. Maklumlah Aleesya kecil lagi. Lepas tu masih BF. Memang Batrisyia terasa dgn aku. Papa pun kata begitu. Batrisyia pun semakin manja yg amat. Kadang2 emosi aku cepat sgt nak marah nak melenting dgn kelakuannya. Kalau mama ngan papa tak layan dia, Batrisyia akan nangis sekuat hati. Aduhaii memang mama tak boleh nak control diri nak marah dia. Mama dah la tak berapa kuat lagi. Dgn kadang2 tak cukup tido sbb BF kan adik.
Kesian Batrisyia.. dulu dialah yang ditatang2. Skang ni mama sibuk lebihkan Aleesya dr dia. Pulak tu selalu kena marah ngan mama… mama ni tak syg kakak ya?????
Batrisyia memang sayangkan adiknya Aleesya… Tapi Batrisyia tak tahu adiknya kecil lagi. Kadang2 dia ajak adiknya main tepuk2 tangan. Dia pegang tangan adiknya yg halus mulus tu. Terjerit jugak mama dibuatnya. Bila mama terjerit, sayu hatinya ingatkan mama dah tak sayangkan dial ah tu… Mama sayang kakak…
Batrisyia kalau dapat kiss adiknya Aleesya sampai bsah2 muka Aleesya. Penah dia tgh makan lepas tu dgn mulut yang belum basuh dia kiss adiknya. Pun mama terjerit jugak.. alahai sian Batrisyia.. Mama sayang kakak.. Mama bukan marah cuma macam tak caya jer kakak buat camtu.
Batrisyia kalau dgr adiknya menangis cepat2 dia datang nak dodoikan adiknya.. “laila ha illallah…” Tapi Batrisyia tepuk dada adik kuat2 dan makin kuat adik nangis. Pun mama termarah jugak. Bila mama termarah Batrisyia nangis, sayu hatinya. Mama sayang kakak. Mama bukan marah tp isau, adik kecik lagi.. kakak tak leh tepuk adik kuat2 gitu..
Sudahnya Batrisyia mesti byk makan hati ngan mama.. Mesti merajuk ngan mama kan. Tido pun Aleesya yg dpt tido ngan mama. Batrisyia kadang2 tido ngan papa. Padahal dulu mama mesti nak tido ngan Batrisyia. Sian anak mama. Macam mana lah mama nak terangkan pada dia, adik kecil lagi, mama kena jaga adik. Kakak dah besar, kakak kena mengalah.
Smlm atok Batrisyia belikan coklat utk dia. Beria suruh mama buka coklat utk dia. Kiri kanan pegang coklat. Mama suh makan satu. Marah dia mama nak amik satu lagi coklat kat tangan dia. Sudahnya lepas makan coklat Batrisyia tertido, mama pun angkat dia letak kat katil. Kemudian angkat Aleesya nak letak kat katil jugak. Rupanya satu coklat lagi dia letak kat tilam adiknya. Alahaii sayang, Aleesya tak pandai makan coklat lagi sayang. Ingat dia kat adik dia ya. Sayang dia kat adik dia.. Alahai anak mama.
Memalam mama bangun nak gi bilik air. Kuar dr bilik air mama dgr Aleesya nangis. Tgk2 kakak Batrisyia dah tepuk2 adiknya suh tido. Alahaii sayangnya dia kat adiknya. Lepas mama pujuk adik, dia pun tido semula.
Kdg2 tgh2 malam bila anak2 mama dah tido, mama nangis sorang2. Sayu hati tgk kakak Batrisyia. Mana boleh mama tak sayangkan dia. Dialah puteri sulung mama & papa. Kepayahan mama nak lahirkan dia sampai sekrang mama tak leh lupa. Kesan operation di perut mama, kerana kasih mama pada Kakak.
Janganlah sayang mudah kecil hati dgn mama. Mama sayangkan anak2 mama. Kadang2 mungkin mama xperasan mama dah lukakan hati puteri sulung mama, tp ketahuilah sayang tiada ibu yang tidak sayangkan anaknya di dunia ini. Sembilan bulan mama kandungkan dikau, menghadapi kepayahan dan kesukaran, melalui kesakitan melahirkan dirimu… kasih mama pada anak2 mama sampai ke syurga. Ingat pesan mama, kasih mama tak akan berbahagi2 kepada anak2 mama.. semuanya sama. Dikaulah cinta hati mama dan papa, sayang..
Perjalanan masih panjang, aku masih cetek dalam mendalami ilmu keibubapaan ini.. Insyallah aku akan cuba mendalaminya. Esok, bila anak2 meningkat dewasa, semakin banyak cabaran yang akan dihadapi. Aku percaya, aku akan hadapinya bersama suami tersayang. Inilah amanah Allah. Dalam pada itu kupahatkan doa semoga aku sebagai ibu yang menyayangi anak2ku dan tidak wujud perasaan pilih kasih itu. Semoga anak2 mama memahami mama dan mengetahui bahawa mama sayangkan kamu semua.


5 ulasan:
sy pon xdpt nk bygkan mcmana nk layan kerenah bl da ade anak lebih dr sorang kak..bl bc story akak ni, terase sayu pulak...kecian pon ade...tp mmg bkn niat kte sbg ibu nk pilih kasih, kdg2 kte kene utamakan salah seorg dr mereka. i.allah batrisya akan phm suatu hari nnti..akak hanya boleh berdoa supaya batrisya jd anak yg solehah dan jadi pembimbing pd adiknya..i.allah
Alahai touchingnya bila bace post akak ni...
Sya yg takda anak ni mcm mana la ek...hahahaha bole plak nak meyibuk..huhu
alahai..anak2 papa nie bijak..insyallah..kakak pandai menjaga dan sayang adiknya..
insyallah.. cabaran mendatang mendidik anakk2 akan diharungi juga. terima kasih di atas sokongan keluarga dan teman2. shima pun akan laluinya juga nt. =)
tak pe dilla.. preparation dari awal. sharing is caring =)
Catat Ulasan