love

love

Rabu, Mac 30, 2011

Detik-detik melahirkan Dhia Aleesya..

Pagi tu 10hb aku pegi check-up di Hospital Pusrawi untuk minggu ke 39. Lepas check up aku siap sms kawan2 tunggu waktu lunch… shima, amy n jaya siap pelik, ingatkan aku dah mc terus tunggu deliver memandangkan dah seminggu aku mc. Ikutkan boleh je nak sambung coti2 malaysia tuh, tp memandangkan aku tak moh masuk kije awal, jadi kugagahkan jugak ke opis tersayang, intan payung, jantung hatiku itu.. cewahhh.

Bercerita pasal checkup dngan Dr Daud.. dr siap komen result CTG aku yg lepas.. “tak ada tanda2 sakit pon..” kata doctor. Ermm aku pun mengiyakan sambil menunggu apa kata doc lagi. “Saya rasa awak ni mesti postdate.. baby macam selesa dok dlm perut…” doc kata lagi dan menyambung “.. harap2 tak scissors lah…” sambung doc sambil menyengih kat aku. Alamakk perkataan SCISSORS tu memang trauma dalam hidup aku. Dah rasa dah penangan bersalin caesaran semasa Batrisyia dulu. Bukan tak sanggup, sanggup je kalau itu aja cara menyelamatkan anak aku dari lemas. Tapi kalau boleh nak bersalin normal lah. Apa tu kalau mak mertua aku kata, “Bersalin ikut tingkap…” kalau normal plaks, “Bersalin ikut pintu” hohoho.. kalau boleh nak lah bersalin ikut pintu, biar dia bagi salam, Assalammualaikum.. Kalau bersalin ikut tingkap leh gaks bagi salam tp takut jadi ahli mesyuarat tingkap lah plaks.. huhu.. tapi apapun anak aku yg pertama Dhia Batrisyia dan keluar ikut jendela tingkap. Heheh

Dr Daud continue MC aku lagi seminggu.. iaitu dari 10hb – 17hb.. ermm I follow.. tapi memandangkan dah nak tghari, papa pun dah sangat2 awal lewat nk masuk opis, makanya aku decide biarlah aku gi opis walaupun hari tu MC… at least aku leh kasi surat2 MC aku siap2 kat HR, tgk assignment budak2 yg hantar kat aku.. Jumpa kengkawan yang dah seminggu aku tak jumpa tu. Huhu.. Leh gaks settle keje2 yg tinggal balance2 tu kan.

Petang tu lepas balik aku teringin nak makan telur rebus sambal, harap2 ni kali terakhir aku mengidam… hahah.. dua tiga hari sebelum tu sempat gaks request COKELAT CADBURY kat papa… Cadbury tau, coklat lain tak moh… huhu… (nasib baik tak minta ferero rochel) huhu..

Balik2 tu terus masak Telur Rebus sambal dan Ikan Bilis Goreng (ni papa yg nak).. Makan pun bukan main selera.. kalah makan pizza or nandos di Jaya Jusco.. hahah.. So malam tu nak landing lah.. Malam jumaat tu… nak baca YASIN… (haaa korang ingat ape??) haha.. masa aku baring tu, terasa perut pedih dan sakit sangat. Mula2 diam aja, tahan.. tahan.. lepas tu kemain sakit lagi.. sampai terbaring dibuatnya.. apsal lain macam je nih.. nak kata sambal pedas, biasa2 jek.. dah 15 minit terasa sakitnya sampai dah tak larat menanggung… “Papa, mama sakit perut nih…” Papa diam aje… “Jap ya…” sahut papa pendek sambil sibuk dok buat keje nak attach keje di website… (ni kes student2 mesir yg nk balik msia tu). Aku pamm jer, cuba tahan lagi but kali ni tak leh tahan… berdenyut… macam contraction pun ada.. asyik ingat contraction je.. ari tu kencing kotor pun terasa contraction, sakit pinggang pun terasa contraction.. so malas lah nak assume contraction lagik…

“Sakit sangat ni pa…..” Kataku seakan menjerit. Kali ni Batrisyia pun jerit sekali.. “Mama… mama…. Papaaaaaa… mama akitt..” Batrisyia jerit… “Kejap.. kejap sket je lagik…” Balas papa, mungkin tgh menghabiskan keje2nya… Boleh plak camtu. Sabor je lah.

Papa datang menghampiri ku.. aku tarik tangan papa ke perut.. “Sakit lah bang..” Kataku yg sudah berpeluh. “Tahan sikit lah.. tak ada apa2 tanda lagi kan” Kata papa. Aku gosok2 perut.. Terasa pedih perutku. Aku terasa nak buang air. Terus ke bilik air. Bila aku buang air je keluar sekali dgn darah campur lendir. Ini tanda nak bersalin! Terus aku jerit kat papa beritahu dah kuar tanda.

Jam nak dekat kol 12pagi. Aku terus bersiap2 ke hospital walapun papa kata kalau nak gi esok pun sempat lagi. Tapi aku tak nak amik apa2 risiko. Tetap berkeras nak gi hospital. So tgh2 malam tu aku tiga beranak gi le ke Hospital Pusrawi. Mujur jalan tak jem sgt. Sepanjang perjalanan terasa perut mengeras. Yup kali ni confirm contraction. Anak keduaku dah bagi HINT nak kuar.

Aku terus dimasukkan ke labour room. Nurse pesan, Batrisyia tak leh masuk. Papa je leh masuk. Aku minta tlg Kakyong amik Batrisyia. Terima kasih kakyong sbb tgh2 malam dtg amik Batrisyia. Batrisyia seolah2 mengerti mamanya sedang sakit. Sebelum pergi dia sempat cium aku. Aku menangis kesedihan. Macam nak berpisah lama plaks. Huh begitulah naluri ibu.

Semalaman aku sakit, tapi bukaan baru terbuka 2cm. Aku masih berdoa mengharap agar Tuhan memudahkan aku bersalin dan harap2 dapatlah bersalin normal. Papa masih setia menemaniku. Tido di kerusi sebelah aku berbaring. Kesian papa, mesti tak selesa, tp masih setia menemani aku. Aku bersyukur diberi kekuatan dan terasa bersemangat kerana kali ini papa ada di sisiku berbanding sewaktu aku nak lahirkan Batrisyia. Suamiku tak diberi kesempatan utk bersamaku ketika itu.

Kali ni Alhamdulillah papa ada, aku memohon maaf pada papa semoga mengampun dosa2ku dan mendoakan aku selamat bersalin. Tang mintak2 maaf nih aku memang kememeh touching.. air mata tak leh dipisahkan.. berjuraian jugak air mataku memohon maaf sambil mendakap erat suami tersayang. Aku tau aku byk buat salah kat suamiku. Suamiku membalas dgn menyatakan aku tak ada salah apa2 pun pada dia. Dan memujuk aku agar jangan menangis. Alahaii terharu aku mendengar. Kalau umurku tak panjang, aku dah rasa cukup bersyukur dgn restu suami tersayang.

Semalaman aku sakit hingga tak tertanggung rasanya. Aku memohon utk dapat suntikan epidural. Keesokan paginya, 11.03.11 doktor check, baru 2.5cm bukaanku. Alahai sedihnya. Aku masih lagi memohon agar Tuhan memudahkan segalanya. Dr Daud memasukkan ubat induce. Fuh memang terasa bertambah tambah sakit. Dalam beberapa jam menahan sakit aku dah rasa tak tertanggung menahan lagi. Dalam kol 12.30 aku beritahu pada nurse yg bertugas yang aku dah tahan sangat sakitnya. Dah rasa nak meneran.

Nurse terus check, rupanya dah 10cm.. Aku mendengar rasa lega. Dalam hati berdetik, boleh bersalin normal. Aku terus di ajar bagaimana nak meneran, amik nafas dalam2 dan teran sekuat hati bila berlaku contraction. Papa pun ada disisi. Aku semakin bersemangat. Dan..... Entah keberapa kali aku meneran, detik 1.30 tghari, 11.03.11 Dhia Aleesya lahir ke dunia dengan seberat 2.99kg. Memang sakitnya Tuhan aja yang tahu, tapi bila melihat anakku lahir dan gemersik tangisannya hilang rasa kesakitan dan kepayahan itu. Betapa besarnya anugerah Allah. Aku mampu tersenyum dan memandang pada suami tersayang. Alhamdulillah.

Dhia Aleesya lahir pada minggu ke 39. Anak mama dgr permintaan mama agar bagi hint nak keluar pada minggu yg sama kakaknya di lahirkan.

tgh buat CTG, sbb dah ada contraction.. alahaii dah xlarat senyum... senyum kamben pun xlarat apatah lagi senyum semanis kurmaku itu... huhu

Dhia Aleesya pada hari pertamanya... ermm makcik pakciknya yang beria posing.. mama papa dia xsempat lagi posing...

Kakak Batrisyia yang sangat sayangkan adiknya Aleesya

Dhia Aleesya kesayangan mama dan papa

Dhia Aleesya membawa maksud cahaya & jujur, benar, di lindungi Allah. Dirimu sempurna di hati mama dan papa. Kasih dan sayang mama dan papa akan utuh bersemi buat dirimu sayang....

4 ulasan:

WienaL berkata...

Ira..memang chantek tarikh lahir aleesya..11.03.11 lahir laks 1.30 ada 1 dan 3 ...kalau lahir kat trg kod 11 ..hehehe..sedih laks baca blog ko yg nih..tang MINTAK MAAF tu..aku ni peminat setia BLOG ko tau..

lady_eira berkata...

aaah win kebetulan tarikh lahirnya gitu.. hari jumaat lak tu.. erul xsempat nak gi sembahyang jumaat.. sekali ngan doctor daud yg menyambut aleesya.. doc siap kata, solat zohor jelah ya.. hehehe..

hehe tang mintak maaf tu aku memang touching win..

wahhh peminat blog aku ya.. aku pun minat blog ko tau.. letak lah shoutbox.. leh aku chit chat ngan ko.. aku akan sentiasa update blog ni..ko pun sama tau.. lepas ni nak hasut yanti plaks sambung blog dia balik buat cite pasal bella.. kan. kan.. hehehe

Lady Butterfly berkata...

alhamdulillah..tercapai jugak hajat akak nk bersalin normal..syukur pd yg Maha Esa...bl bc story akak ni teringat pulak time sakit nk melahirkan aryan..sme mcm akak...tp pape pon congrats ya akak...

lady_eira berkata...

thanx shima... family n kengkawan byk support.. tu yg akak gagahkan jugak.. alhamdulillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...