love

love

Khamis, April 07, 2011

Breastfeeding [BF]

Bercerita mengenai susu ibu atau breastfeeding... ini bukan pengalaman pertama aku. Masa Batrisyia dulu aku sempat menyusukan dia sejak lahir. Tapi, tempoh Batrisyia menyusu tak lama. Habis pantang je, dia pun dah tak mau. Siap buat muntah2 lagik, sabo je lah. Erm.. memang tak boleh nak salahkan Batrisyia. Even aku sendiri pun cetek ilmu dalam penyusuan badan ini. Kebetulan masa lahirkan Batrisyia, aku operate.. amat menyukarkan aku untuk menyusukan puteri sulungku itu. Dengan tidak ada pengalaman berpantang ketika itu, tak pandai menyusukan anak, sukar bergerak (sakit di tempat operate).. semua2 tu menjadi sebab aku tak dapat menyusukan Batrisyia secara sepenuhnya. Sedih... sedih yang teramat sangat. Terpaksa bagi Batrisyia minum susu formula, Lactogen. Sudahnya, Batrisyia dah gemar minum susu formula dan susu badan semakin sikit dan lama-lama dah tak ada lagi. Alahaiii sedihnya bila teringat kisah lepas di mana aku tidak dapat menyusukan Batrisyia sepenuhnya even dalam pantang lagi.

Tapi.... kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.. Sejak aku mengandungkan Aleesya, aku memang dah berniat & berdoa agar dipermudahkan segalanya. Semoga aku berupaya menyusukan puteri keduaku ini dengan baik. Alhamdullillah selamatnya Aleesya dilahirkan aku dah teruja nak menyusukannya. Mujur Aleesya pun seolah2 pandai menyusu, kusuakan dadaku ke mulutnya terus dia menyusu. Mula2 agak kelam kabut sikit, tapi lama-lama dia pandai. Aku terharu sngat kerana dapat menyusukan dia. Dan sangat bersyukur kerana masih lagi menyusukan Aleesya sepenuhnya hingga ke hari ini (nak masuk sebulan lebih dah..)

Alhamdulillah juga, susu badanku boleh tahan banyaknya.. kadang2 sampai basah baju dibuatnya. Aku pun cuba mengepam susuku menggunakan breast pump secara manual. Syukur sangat sekali pump dapatlah 3 hingga 40z. Tapi jenuh guna yang manual ni, baru-baru ni aku beli plak breast pump guna bateri. Kalau ikutkan hati nak beli yang jenama Medela atau Avents tu. Biar mahal sket asalkan dapat pump susu utk Aleesya. Lagipun save sbb tak payah beli susu formula macam Batrisyia dulu. Tapi bila fikir2 + advise my hubby.. aku try jenama yang biasa2, Tollyjoy Batery Breast Pump. Alhamdulillah, hari pertama aku menggunakannya dapat pump susu sampai 3 0z... dengan masa yang singkat. Maklumlah bukan manual.. hehehe.. Kekadang tu dapat sampai 5 0z.. syukur sangat. Penggunaannya pun mudah dan tak sakit. Baju pun dah tak basah (sayang ooo baju basah sbb air susu meleleh).

Aku akan sentiasa pump susu 3-4jam sekali. Pagi, sebelum mandi... pastu tengari... petang sebelum mandi, malam sebelum tido dan tengah malam dalam kol 3pagi... ermmm lebih kurang 5X sehari. Oklah.. penat + mengantuk sket, tapi hasilnya mampu membuat aku tersenyum.

Insyallah aku akan terus praktikkan kaedah ini dan terus menyusukan Aleesya kalau boleh sampai umur dia 2 tahun. Tapi tak tahulah dapat BF exclusive atau semi exclusive (BF + Susu Formula).. sebab esok-esok bila dah habis pantang 44 hari, dah stat keje aku sendiri tak pasti susu badan masih banyak macam sekarang. Aku explorer kat internet diaorg kata kadang2 bila dah habis pantang susu tak banyak sgt. Cara nak bagi banyak, pemakanan lah. Makan lobak putih, jus kurma, kismis... dan banyak lagi. Insyallah, aku akan cuba apa juga kaedah untuk memperbanyakkan susu badan. Harap2 dapat menyusukan Aleesya until umur dia 2 tahun, amin.. amin..

haaa... yang ni pump susu guna breast pump manual.. take a long time, but result dia memuaskan.. paling banyak dapat 4 oz, paling sikit 2 oz... alhamdulillah...

haaa.. yang ni plak pump susu guna bateri.. Masa yg singkat dan hasilkan juga sangat memuaskan... Paling sikit dapat 3 oz.. paling banyak buat masa ni 5 oz... alhamdulillah...

3 ulasan:

Lady Butterfly berkata...

bagus..teruskan penyusuan anda itu..hehe..saya pon stil menyusukan aryan lagi...senang..malam xpayah bangun buat susu..sua je kt mulut die...heee...satu lagi kalo menyusukan anak ni anak kurang dapat demam....

Elyn Sani berkata...

chaiyok2 ira!! elin dapat BF wafiq 1 thn je.....

lady_eira berkata...

shima : tu lah, akk memang semakin bersemangat nak susukan dia... ada geng cam shima ni lagilah.. leh stori mori...

elyn : tq elin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...