Dah sebulan mama berpantang.. dah sebulan jugak umur anak mama, dhia aleesya. Anak mama tak banyak ragam. Kalau merengek pun sbb nak susu. Kali ni anak mama kuat menyusu berbanding ngan kakak Batrisyia dia.(haaa sape kata anak lelaki je kuat susu?? anak gegurl pun kuat susu tau...) Mama pun memang tak kasi susu formula kat anak mama. Mama memang dah berazam sewaktu ngandungkan Aleesya lagik yang mama nak susukan anak mama selama mana yg boleh, insyallah. Alhamdulillah susu pun banyak, mama pun senang nak susukan dia. Kalau susu dah terlampau banyak, mama akan pump susu masuk dalam botol dan ajar anak mama minum susu kat botol. Esok2 pun kena belajar sayang bila mama dah stat keje.
Anak mama dah sebulan, tapi berat badan tak naik still 3kg. Tak apalah, asalkan anak mama sihat, boleh kencing, boleh berak dan tak ada apa2 masalah mama dah bersyukur sgt. Buat masa ni rutin anak mama tido yang indah =).. tidolah sayang, nanti cepat besar.
Inilah dia gambar Dhia Aleesya setelah berumur sebulan.

2 ulasan:
ya allah ira..dah sebulan yerk..cepatnya masa berlalu..dah besar aleesya..baguslah bf selama mana yg boleh kan.cepat besar ye ak lama lagi nak main ngan kakak.
sekejap je ya?? hehe alhamdulillah aleesya sihat...tu la win berazam nak bf aleesya sampai dia dua tahun... kalau tak sepenuhnya pun xpe asalkan dpt susukan dia lama..
Catat Ulasan