love

love

Khamis, Februari 10, 2011

Part I : 35 minggu...!!


Hari ini usia kandungan mama sudah menjangkau 35 minggu. Minggu depan genaplah 9 bulan usia kandungan mama. Bila-bila masa bayi di dalam kandungan ini akan keluar dari alam rahim ke alam dunia. Alhamdulillah, baby mama semakin aktif bergerak, tendangan yang semakin kencang.. sekencang Harimau Malaya mengalahkan Hong Kong... huhu..

Wahai anak Mama... sungguh mama teruja menantikan kelahiranmu di dunia ini.. dikau akan melangkah ke alam dunia yang penuh dengan pancaroba... Kesakitan mama sangat dirasai... kadangkala menitis air mata mama kerana tak tertanggung sakitnya... namun manakan sama dengan kekentalan mama utk melihat dirimu sihat dan sempurna... hanya dengan semangat dari papamu dan doa yang mama panjatkan kepada Illahi menjadi pembakar kekuatan diri... bersedialah sayang, kerana tidak lama lagi dikau akan melihat dunia ini.... mama doakankan anak mama sihat dan sempurna... biarlah kesakitan yang mama tanggung asalkan dikau selamat sayang... jika nyawa jadi pertaruhan, mama sanggung menjadi galang gantinya...

Nanti mama ceritakan apa yang terjadi sewaktu mama pegi check-up pagi tadi... Mama nak jaga exam dulu.... nt kita sambung citer ya sayang...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...