love

love

Jumaat, Februari 11, 2011

Part II : 35 Minggu

"Apakah reda hai golongan wanita, bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikahi dengan halal (menurut syariat islam). Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah. Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya, maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti berapa banyaknya pahala itu. Apabila telah lahir lalu disusui, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya, Allah memberi dia pahala satu kebaikan. Apabila si ibu semalamam tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah" Riwayat Al-Hasan bin Safwan, Tabrani dan Ibnu As Sahin dan Salamah yang menyusukan Sayyidna Ibrahim Putera Rasulullah S.A.W

.... Alhamdulillah .......

Inilah gambar kandungan anak mama yang telah discan oleh doctor semalam.. Masa ni doc kata anak mama tgh lena dibuai mimpi... memang pun.. anak mama pagi tido.. tapi bila malam berjaga dan sangat aktif sampai mama yang tak leh tido.. sama ragamnya macam kakak Batrisyia dulu... alahai anak mama....

Doc kata anak mama dah 2.7kg... wahh dah besar ya.. patutlah perut mama dah tersangat besau... bukan perut aja.. tangan, kaki, pipi dan semua-semualah.. heheh.. sempat juga mama mengadu lately ni mama asyik sakit pinggang, sakit belakang yang teramat sangat. Doc hanya tersenyum... dan dengan bersahaja doc kata kat mama sakit tu akan berterusan hinggalah mama melahirkan anak mama ni... ermmm dengarkanlah anak mama... mama sanggup harungi itu semua demi cinta mama pada kamu... tak apalah... cuma terkadang tak tertanggung sakitnya tu nak... mama menangis kadang2... mujur papa ada... dan mujur jugak kakak Batrisyiamu memujuk... uiii kakak pandai pujuk mama tau.... hehehe

Mama juga tanya kepada doc dapat tak mama lahirkan anak mama ni secara normal? Insyallah kata doc... apapun bergantung kepada kesihatan anak mama ni... harap2 dia membesar sedikit demi sedkit, tak besar mendadak.. harap2 tekanan darah mama normal, tak tinggi secara tiba-tiba... dan harap2 hentakkan kepala anak mama ke pintu rahim dapat membantu membuka laluan untuk anak mama keluar... insyallah... mama sentiasa berdoa....

Apapun... mama menghitung hari menantikan kelahiran anak mama nih... disamping itu juga mama berharap dapat settlekan studi student2 mama ni... lepas diaorg abis exam mama nak terus abiskan sillibus.... insyallah....

doc dah pesan supaya mama bersedia.. dan sekiranya ada tanda2 bersalin seperti air ketuban pecah, keluar darah dan kontraksi yang berterus mama kena pegi ke hospital untuk bersedia.... ya.. mama dah bersedia sayang...

doc juga ada bagi gift sebelum mama balik... ada gift utk anak mama sekali.... jom kita tgk...


inilah gift dia "Mummy's Tummy Box"

ada voucher byk sgt...


pamper Huggies New Born untuk anak mama

tag MAMA to be on board...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...