love

love

Isnin, Januari 08, 2007

** Pertunangan Aien + Nizam **

Selamat Bertunang Aien… Wah amik tarikh yg cantik… 070107 hari bersejarah buat sahabat baikku, Aien mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya. Tema kaler warna peach.. Cantik!! Tambah pulak aien yg kecik molek ni.. memang cantik di hari pertunangannya. Seperti yang dirancang, aku dan feena merangkap “tetamu VIP” yang diundang Aien mengorak langkah menuju ke rumah tunangan orang ini. Aku bawak awa utk escort aku.. hahaha marah kak lang kena jadi bodyguard aku.. tunang aku tak dpt datang… jadik aku ajaklah kak lang yang kononnya nak amik berkat aien… errmmm dia pun nak tunang tak lama lagik.. pape pun bwk bersabo, tunggu kak ngah ko ni kawin dulu ek… ikut turn… huhu… Feena pulak dtg bersama hubbynya… anak dia, Nalik Akmal ditinggalkan di rumah ibunya.. Ciannn Naliq tak dpt jumpa acik ek…

Masuk jer umah Aien mak dia dah panggil2 kami berempat… apa taknya kitaorg lambat dtg… hish tak senonoh… mak aien suh kitaorg makan cepat2 pastu leh join aein dok kat bilik.. Aku ngan feena ni dah lama tak makan masakan mak aien yang besh giler tu.. Siap tambah satu pinggan lagik.. Mesti aien tunggu kitaorg lama kat bilik.. Mana taknya aku ngan feena makan tak ingat… hish.. hish.. hish.. pas ni kena kira berapa kg lemak, kabohidratm protein dan semua-semuanya… ekekeke…
Udah.. udah laa tu… Aku ngan Feena yang dh kekenyangan, melangkah masuk ke bilik aien… “Assalammualaikum…” Kitaorg beri salam… Masuk jer bilik… Tengok aien… wahhhhhhhhh… leng leng…. Berseri-s
eri sahabat baikku nih… Bila dah jumpa aien.. apalagi macam2 citer yang nak diborakkan sampai terlupa yang aien tu nak sarung cincin sat lagi.. Memang seronok bila sekali sekala dapat berkumpul… Gosip2 tu mesti ada punya laa.. hehe.. Kalau seorang lagi klik kami ada, si Yati tu datang mesti lagi riuh.. Maklum je laaa Yati ni banyak mulut… ada jer cerita yang dia nak citer.. kalau tak ada pun dia buat2 ada.. hehe.. Tapi memandangkan si Yati ni terlalu sibuk dengan keje, dia tak dpt datang. Dia kata aien tak mention kat dia sebulan awal sebelum nak tunang… kalau tak, leh dia datang… Banyak laaa nak mention sebulan awal.. cam PM plak si Yati ni.. tak kosa aku nak layan… hehehe… Itu lah dia sahabat baikku masa di sekolah menengah… aku, aien, feena dan yatie. Antara kami berempat Yatie kawin dulu sekarang dah ada dua anak… Feena pulak menyusul, dan sekarang dah ada seorang baby.. Tinggal aku dan aien jerr… Alhamdulillah sekarang aku dan aien dah jadi tunang orang.. Jelas kulihat riak muka aien… Nampak bahagia dah jadi tunang orang. Aien,.. Macam tu laa yang kurasa bila dh jadi tunang bucuk sayangku tu… kudoakan moga jodohmu hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke akhir hayat. Semoga tabah menghadapi dugaan di alam pertunangan… Semoga impian menjadi kenyataan.. Amin.. amin ya rabulalamin…






Aien & Famili


Aien bersama ayahanda dan Bonda Tercinta








Aien bersama saudara mara dan sahabat handai...



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...