love

love

Jumaat, Januari 05, 2007

Nukilan di pagi hari...

Pepagi ni rasa malass jer nak wat keje… hehehe… asyik call client jerr… client tak penah nak call aku… kalau ada call pun sibuk nak follow up kes die… cam laa aku tak reti nak settle keje aku… kalau ada yang call tu plak… ajak dating laaa.. tak kosa aku.. cuba laa call, Tanya koba aku ni kerr… cuba laa ckp nak hantar pizza ker… nak bagi organizer tahun 2007 kerr.. hamper kerr… kain sare kerr... haha… xde keje diaorang nak wat cam tu… so, toksah mengharap.. Berhenti mengharap… ishh da melalut aku ni…

Begitulah percaturan hidup kita…. Kita semua manusia biasa.. Cuma kadang2 ada yang memandang pangkat, kedudukan dan harta benda.. mungkin pada mereka itu adalah tiket untuk mereka dipandang tinggi, kononnya lah… ermmm ye laaa tu.. pape pun kita masing2 pasti ada kelebihan dan kekurangan diri.. xde manusia yang perfect!! Bila aku renung diri aku, selami diri aku sendiri dan bercakap dengan diri aku sendiri… kadang2 aku rase segan dengan diri aku sendiri… bukan apa… aku akan bangga bila dipuji orang, dan kadang2 aku akan benci bila dikeji orang.. aku yakin itu semua perasaan yg normal.. tapi bila difikir keikhlasan dan kebenaran daripada pujian dan kejian org, terdetik dlm diri “ikhlas ker diaorg tu?” “betul ker aku ni bertuah”, “eleh.. nak amik ati aar tu”, “eleh..dengki laa tu”, “eleh.. cakap orang, dia sendiri tak betul” Masyaallah kekadang sampai cam gitu sekali aku terfikir… Berdosa tau… Cepat2 aku istighafar….

Tapi betullah kekadang aku rase aku ni kerdil sangat… kekadang aku ni pemarah sangat… kekadang aku ni sentimental sangat, asyik nangis jerr.. pape sket bergenang air mata… tak leh tersentuh hati, kekadang aku rasa aku ni baikkk hati sampai sanggup bersusah payah kerana orang… kekadang aku rasa aku dipergunakan sangat…. Kekadang aku ni rasa bahagia sangat bagai dunia ni aku yang empunya, kekadang aku rasa cemburu yang meluap-luap sangat, kekadang aku rasa aku nakal sangat, kekadang aku rasa aku ni prihatin sangat…. Dan… macam2lah…

Dunia ni pentas lakonan, kitalah pelakon2 yang mencipta episod ceritanya.. Cewahss… macam betul… macam tidak.. entahlah… even aku bukan pelakon, ttp dinobatkan sbg pelakon di pentas dunia ni… pelbagai ragam yang ku temui.. ada yang positif dan mesti ada yg negative.. apapun bak kata orang yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.. buat baik berkali2… buat jahat, tgk time… huhu… ishhh jgn ikut pepatah wat jahat tu ek… aku teringat kata mak, abah… biarlah orang buat kita… jangan mengharap apa2 bila kita melakukan kebaikan pada orang… berpeganglah pada prinsip hidup, berfikirlah dengan bijak, dan berdoalah selalu moga kita selalu diberkati Allah..

Ya Allah Ya Tuhanku, berikan lah aku petunjuk dan hidayahMu. Permudahkan lah segala amal ibadat dan urusanku di dunia dan akhirat. Ya Allah Ya Tuhan kami, hanya padaMu tempat kami berlindung dan memohon… dan hanya Engkaulah Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani… Kau restuilah kedua ibubapa yang membesarkan kami dan keluarga kami yang tercinta.. Kau tabahkan kami dan berikan kami kekuatan menghadapi segala dugaan yang Engkau berikan… Ya Allah, kau titipkan rasa syukur kami di atas segala anugerah dan kurniaMu pada kami, umatmu… Amin.. amin.. ya rabulalamin…

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...