Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum". Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam solawat kepada Nabi dengan Hanya menulis 'S.A.W' dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis 'S.W.T' maka kali ini kita akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci iaitu Assalamualaikum diringkaskan menjadi "Akum". Dalam hukum feqah, tulisan yang tertera 'Assalamualaikum' adalah wajib dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan Arab. Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa..Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum" . love
Jumaat, Disember 29, 2006
~ Lafaz Assalamu'alaikum yang betul. ~
Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum". Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam solawat kepada Nabi dengan Hanya menulis 'S.A.W' dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis 'S.W.T' maka kali ini kita akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci iaitu Assalamualaikum diringkaskan menjadi "Akum". Dalam hukum feqah, tulisan yang tertera 'Assalamualaikum' adalah wajib dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan Arab. Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa..Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum" .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan