
Jika anda ingin mengurangkan berat badan dengan cepat, pertimbangkan kesan-kesannya. Ia mungkin boleh membahayakan kesihatan anda.

DIET ‘YO-YO’
Bersilih ganti antara tidak makan dan/atau makan terlalu banyak. Oleh sebab anda tidak makan, anda akan lebih cenderung makan terlalu banyak kemudiannya kerana berasa kelaparan.
DIET SECARA TIBA-TIBA – ‘CRASH DIET’
Menghadkan jumlah makanan secara drastik. Anda tidak akan mendapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh badan anda.
MAKANAN DAN MINUMAN PELANGSING – ‘SLIMMING FOODS & BEVERAGES’
Makanan dan minuman yang menggantikan makanan biasa. Makanan seperti ini tidak mengandungi nutrien daripada semua kumpulan makanan yang diperlukan oleh badan anda.
PENGHALANG LEMAK – ‘FAT BLOCKERS’
Pil-pil yang dikatakan boleh menghalang badan anda menyerap lemak daripada makanan. Lebih baik anda makan kurang lemak daripada mengambil pil seperti ini!
DIET KALORI RENDAH
Makanan rumusan khas yang membekalkan hanya 800 kilokalori untuk sepanjang hari. Bandingkan jumlah ini dengan 2000 kilokalori atau lebih yang diperlukan oleh remaja yang aktif dan sihat setiap hari.
DIET KALORI SANGAT RENDAH
Menggantikan makanan biasa sepanjang hari dengan diet yang hanya mengandungi 400 kilokalori. Diet seperti ini hanya patut diambil jika dinasihatkan oleh doktor, kerana ia sangat ekstrem.
UBAT ANTI-OBES
Sesetengah ubat ini mempunyai kesan pada otak, dan sesetengah mempunyai kesan pada sistem penghadaman. Doktor biasanya hanya memberikan ubat-ubat ini untuk merawat orang yang sangat gemuk atau obes.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan