love

love

Jumaat, Mac 27, 2015

Jangan Jadi Penasihat 25%


~ Gambar Hiasan (sumber Google)

Hai sayang mama semua... Mama baru je tengok cerita P.Ramlee TIGA ABDUL. Kalau tgk cerita ni ada satu watak yg menjadi penghasut atau batu api... Dan ianyanya diberi gelaran penasihat 25%. Orang yg menerima nasihat tu, Sadiq Sigaraga bagai kerbau dicucuk hidung... Mengikut tanpa berfikir terlebih dahulu... Kemudian siap tawar kredit 25% pada penasihat yg memberi nasihat busuk itu....

Ada mesej yang tersirat di sebalik cerita ini..

Duhai anak2,
Bila kita berkawan... Bila kita menjadi seorang yang dipercayai..  Bila kita menjadi harapan seseorang... Jangan kita khianati kepercayaan org.. Berdiam lebih baik.

Kerana mulut bdn binasa... Kerana lidah kita telah memporak perandakan hidup org... Baik berkawan atau di dalam keluarga sendiri... Sanggupkah kalian tgk adik beradik, saudara mara atau sahabat handai bercakaran hanya kerana mulut? 

Mmg org akan cepat terpengaruh dan percaya dgn kata2 kita lebih2 lagi kalau kita dianggap sbg teman yg paling rapat, adik atau kakak yg menjadi harapan... Takkan mereka sanggup mengada-adakan cerita... Pasti itu yg akan timbul dibenak kalian...

Namun... Tak semua kita harus percaya... Selidik dulu... Jangan mengeruhkan keadaan... Jgn jadi kemusnahan hidup org..

Duhai anak2.. Hidup ini penuh dugaan dan pancaroba... Berhati2 dan berpada2lah mengeluarkan kata2. Jgn kerana kata2 kita merosakkan hubungan seseorg...

Berfikir dan minta pentunjuk Allah.. Moga Allah lapangkan hati kita dan memberi panduan untuk kita melalui kehidupan ini.

Pesan mama... Sayangi lah kalian adik beradik... Jgn kalian mudah berkecil hati dgn perkara remeh... Duduk dan berbincang... Mana yg perlu diabaikkan, abaikan aja... Mana yg perlu kita tegur, tegurlah... Teguran bukan spt penasihat 25%... Tapi teguran membina... Teguran ikhlas dan penuh kasih sayang.. Menyatukan hubungan sesama islam... Memperbaiki apa jua keadaan.... Moga menjadi pengalaman hidupmu...

Insha Allah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...