
Hai anak-anak mama... Ingin mama berpesan pada kalian tentang kehidupan ini. Selagi kita bernama manusia mmg sukar untuk kita memuaskan hati semua org. Walau kadang kita rasa dah buat sehabis baik... Dah berkorban semaksima yang boleh... Tetap menjadi buah mulut org. Manusia mmg gemar menghitung kesalahan kita berbanding kebaikan kita. Kadang-kadang takde apa yang salah pun... namun definisi mereka sendiri yang menyatakan kita salah... Ada je yang tak kena di mata... Merekalah pengadil.. Merekalah pengulas... Merekalah yang terbaik...
Anak-anak mama.. Hidup di dunia berpijaklah pd bumi yg nyata... Jadilah diri sendiri.. Jgn jadi diri org lain hanya semata ingin mendapat tempat di hati org... Hanya ingin menjadi kesayangan dan sebutan orang.... Sampai bila duhai anak.? Kita manusia mmg takkan puas... Sentiasa nak yg terbaik walhal fitrah kita sbg manusia sebenarnya adalah TIDAK SEMPURNA.
Kalau
kita memang menjadi kesayangan orang... alhamdulillah. Tapi bila kita dah jadi kesayangan orang, akan timbul perasaan cemburu pada orang lain. Orang
rasa tak senang dengan kehadiran kita. Mula lah orang nak menabur fitnah
pada kita. Isunya hanya kerana cemburu kerana kita disayangi dan
disenangi orang.
Macam-macam
kan? Justeru itu, anak-anak mama pandailah uruskan diri sendiri. Berbuat baik
selalu, buat jahat jangan sekali. Biarlah orang buat kita. Bersabar dan berdoa
mohon Allah lapangkan hati kita walau ada yg cuba meracun hidup kita.
Mama
dulu selalu menangis... Selalu jiwa kacau... Ada jer silap mama di mata org...
Walhal mama tak pernah kacau hidup mereka... Kdg2 kebahagian keluarga kita
dipersoalkan... Mama mengandung pun dipertikaikan... Allah.... Menyusahkan sgt
ke mama ni syg? Sedangkan mama dan papa mampu membesarkan kalian... Insha
Allah.. Mama yakin hadirnya kalian pembuka rezeki keluarga kita....
Penat
jaga hati org syg... Penat sgt.... Nasihat mama kalau nak bantu org buat yg
terdaya.. Jgn sampai kita terkorban... Jika tak suka dgn seseorg, jgn dibenci
mereka... Buatlah biasa aja.. Doakan yg terbaik.. Kalau dh tak tahu nak buat
apa... Diam dan senyum shj...
Berbaktilah
pada kedua org tuamu dan adik beradikmu kerana merekalah sahabat mu yg kekal
dunia akhirat. Kita hidup di dunia hanyalah sementara.. peluang yang
diberikan ini kita gunakan sebaiknya untuk bekalan di akhirat sana. Mama
tak kata mama yang terbaik.. mama pun banyak buat salah. Tapi mama berusaha
untuk berubah dan muhasabah diri. Moga Allah memberi petunjuk dan
melapangkan hati mama.. insha Allah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan