love

love

Selasa, Januari 28, 2014

Harap mereka semua faham...

Setakat luahan hati... kalau nak citer pasal orang faham kita mungkin belum tentu dia akan faham kita sepenuhnya.. mungkin dia akan faham untuk menjaga hati kita aja... mungkin dia buat-buat faham tapi lantaklah yang penting tak libatkan dia... dan mungkin ikhlas memahami kita sebagai tanda dia menyokong dan mengasihi kita.. 

faham ker?? kalau tak faham tak apa... tak nak cite detail pun... cuma nak luahkan aja...
selagi hidup di bumi Allah ini, kita takkan lari dengan dugaan yang Maha Esa. Sabarlah. Hidup tidak selalu indah.  Janganlah bersedih. Janganlah meratap dugaan yang diberikan Allah. Kena kuat semangat.  Allah itu Maha Adil, disebalik dugaan yang diberikan ada hikmah yang kita terima.  Benar.  

pada semua di luar sana, jangan terlalu menyalahkan seseorang.. jangan terlalu memandang serong pada orang.. setiap orang ada dia punya kekuatan dan kelemahannya. bukankah Allah sudah ciptakan umatnya dengan sangat unik.  Manusia kadangkala akan memuji perkara yang indah sahaja dan biasanya akan mengeji perkara yang jelik.  Lumrah kehidupan. Saya juga pernah begitu.. namun tersedar dan beristighfar... Astagfirullah.. Kita tidak sempurna.. Kita dijadikan untuk saling menglengkapi di antara satu sama lain. Jika sahabat ada masalah, kitalah membantunya.  Begitulah.

Jika terdapat kejelikan pada sahabat, jaga dipinggirkan.. jangan disalahkan dia... bantulah dia.. sokonglah dia walau sebenarnya kita sendiri tidak mampu. Namun jangan dinafikan kuasa Allah.. jika kita memohon, Allah takkan sia-siakan permintaan kita. Sama-samalah kita berdoakan agar dia sejahtera seperti kita.  Dia tak minta dijadikan begitu.. dia tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa.. tetapi Tuhan sedang menguji dia.. dia diantara yang terpilih... kita bantulah dia.. berat mata memandang, berat lagi mahu memikul... 
jika tidak mampu untuk menolong, doakanlah dia... 
doa adalah senjata umat islam.. 
doa sumber kekuatan.. berdoalah dan mohon disejahterakan... 
mungkin dia bukan darah daging kita.. namun dia adalah saudara sesama islam..

buat adikku, tabahlah wahai adik.. angah sentiasa mendoakan kamu... sabarlah adik... walau abah sudah tiada.. kamu masih adik emak, kakyong, kakngah dan adikmu.... 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...