
pernah tak rasa apabila apa yang kita usahakan dengan kesungguhan akhirnya direntap oleh orang lain. tatkala hasil usaha kita berjaya menambat hati orang lain seterusnya diiktiraf sebagai satu hakcipta yang boleh dipuji.. ah terlalu besar impian saya itu.. namun ianya dirampas oleh orang yang sangat dikenali iaitu orang yang menjadi rakan seperjuangan sendiri.. bukan setahun kenal malah sudah bertahun2 kenal. tak sangka... sampainya hati.
berbulan2 memujuk hati yg keciwa.. berbulan cuba meredhakannya.. mengganggap ianya bukan rezeki.. ah bukan hendak dikejarkan sgt habuan rmxxx tu tapi terkenangkan kepayahan memerah kepala otak, mencari idea.. serabut sana sini seorang diri tapi akhirnya usaha kecil itu dikebas orang lain tanpa rasa bersalah.
itulah dia kisah dan pengalaman duka ingin menjadi pensyarah penyelidik (research lecturer - rl)....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan