love

love

Ahad, Mei 05, 2013

Putera hatiku, HAZIQ HAIKAL

Alhamdulillah... 25 Mac 2013 (Isnin) lahirnya putera yg dinantikan. Segalanya ketentuan Allah... Saat yg sepatutnya saya akan diinduce pada 25mac tsbt atas sbb tekanan darah yg agak tinggi bertukar menjadi detik detik yang mencemaskan apabila baby mula memberi hint utk keluar dgn contraction yg bermula pd 10mlm, 24mac (Ahad)...

Sebenarnya sy sudah bersedia utk "dipaksa" untuk bersalin. Bila doktor kata dipenghujung kehamilan sy terdapat tekanan darah tinggi. Denyutan jantung bayi pula rendah dan tali pusat bayi dekat dgn kepala (takut terbelit ), hati saya sudah tidak keruan dan gundah gulana. Tanya aja kengkawan yang banyak bagi tips pada saya Awin & Yanti yang rajin wassap saya.  Kerana risaukn keselamatan bayi, doc advice agar melakukan kelahiran secara paksa iaitu induce. Apa lagi pilihan terbaik yg saya ada melainkn nyawa bayi yg telah sy kandung 9 bulan..

Segalanya berlaku tanpa dirancang. Seminggu sy diberikn cuti sebelum di induce. Doktor suruh rehat secukupnya. Semoga tekanan darah kembali normal dan bayi akan lahir mengikut jangkaan tarikhnya.  Namun, ianya tidak mengubah apa2. Saya pasrah & redha.  Namun disudut hati saya masih bersyukur kerana baby saya masih bergerak aktif di dalam perut. 

Bila dah ada hint (contraction) tu.. hati berbunga juga.  Maksudnya tak payah lah induce.. Bermula pukul 10 malam perut mula mengeras setiap 10 minit.  Sehinggalah pukul satu pagi, saya dah tak tahan sakitnya.  Terus beritahu hubby. Rupanya hubby pun dah dapat mengagak.  Siap tanya nak pegi hospital terus atau tunggu esok pagi jer.  Seperti kelahiran anak2 sebelum ni, saya tak mahu ambil apa2 risiko.  Kami terus bergerak ke hospital.  Sebelum keluar rumah sempat jugak minum telur kampung 3biji + minyak kelapa dara.. Semoga dipermudahkan... Amin...

Sampai di hospital favourite, Hospital Pusrawi saya terus dimasukkan ke bilik bersalin. Nurse check, bukaan dan 3cm. Alhamdulillah. Then dia buat CTG, dan resultnya mmg ada contraction selang 10 minit. Kemudian nurse dok bebel prosedur2 bilik bersalin, toilet.. sampailah ke parking.  Banyak pula kali ni dia membebel. Rasanya time Aleesya dulu aku xde plak nurse membebel.. Jz check n suruh bersedia.. bertenang... Agaknya kali ni dia rajin sikit... Nurse senior (dah berumur) dan agak garang jugak gayanya.  Dah macam kat spital Kerajaan plak gayanya... huhu

Baby semakin memberi hint hinggalah saya dah tak tahan menanggung pada pukul 6pagi.. Sempat juga saya solat subuh memohon agar Allah permudahkan segalanya.  Ya Allah besarnya kuasaMu.. setelah selesai saya solat, terasa nak meneran sangat2.. dan sakitnya kali ni bagai tidak tertahan lagi. Saya terus menekan butang kecemasan dan ternyata masanya telah tiba.... anakku hampir melihat ke dunia..

Nurse yang senior tu agak panik jugak sebab doktor pun tak sampai lagi.. yelah baru jer lepas solat subuh, seingat saya dalam sekit 6.30am - 6.45am... Saya juga hampir2 pitam kerana tak terdaya menahan sakitnya. Saya diberi oksigen. Keadaan saya agak lemah juga.. Sudahlah risau kerana tiada doktor (monday blues.. huhu), namun saya yakin nurse yang senior itu mampu menyambut anak saya dibantu dengan nurse2 yang lain.. Agak mencemaskan kerana pandangan saya hampir gelap.. ya saya rasa nak pengsan dah! Namun saya kuatkan semangat buka mata semula dan sedut oksigen sedalam yang mungkin dengan menahan rasa sakit yang amat sangat.  Terfikir saya, kalau saya pengsan, apa akan jadi dengan bayi saya. Jadi saya perlu kuat!! Sikit lagi IRA... Mujur hubby juga memberi semangat...Tangan saya digengam erat.  Apabila contraction saya teran kuat2... seingat saya 3x saya teran dan alhamdulillah saya sendiri menyaksikan baby keluar diiringi dengan tangisannya yang membuatkan saya merasa syahdu dan mengalirkan air mata... Ya Alllah terima kasih kerana mempermudahkan segalanya dan menyelamatkan saya & bayi... Terima kasih di atas Anugerah ini....

Itulah kenangan saya melahirkan putera sulung saya, Haziq Haikal.... tersenyum kepuasan saya kerana berpeluang mempunyai cahaya mata lelaki... terima kasih ya Allah..

Akhir sekali, saya nak kongsi kisah di saat2 akhir sebelum melahirkan anak ini... di malam hari sebelum saya melelapkan mata untuk bersedia di induce keesokan harinya, saya telah memohon maaf pada suami kesayangan.. dengan rasa hormat, kasih dan sayang... kemaafan saya minta dengan ikhlas pada suami tercinta dan memohon agar dia merestui dan mendoakan saya... Memang, bila saya memohon maaf padanya hati saya akan tersentuh dan saya akan menangis... saya hanya seorang isteri yang tidak sempurna tanpa suami sepertinya.. saya mungkin bukan yang terbaik utk suami saya... namun anak2lah tanda cinta, kasih dan sayang saya padanya untuk selamanya....  Ya kawan2, mungkin kerana restu dan keampunan dari seorang suami, Allah mempermudahkan segalanya.. daripada saya di induce, saya dapat melahirkan bayi secara normal dan sangat mudah....Syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami... Terima kasih papa, sayangku... Pengalaman ini takkan saya lupakan sampai bila...

Inilah dia Haziq Haikal, anak ketiga  & putera sulung saya .... ^_^

Haziq Haikal yang membawa maksud Cerdik/Pandai, Subur..
25 Mac 2013 (Isnin), 7.01pagi.

1 ulasan:

- AZIE - berkata...

tahniah mama ira...cumel baby

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...