love

love

Selasa, Mac 12, 2013

Tuala Wanita Avail (Pad Herba)

 
 
 sumber : Google
Kali ni nak cerita pasal Pad herba yang dicadangkan untuk digunakan semasa berpantang nanti.  Pernah terbaca tapi tak pernah try... So pantang kali ni nak cobalah... Adik saya pernah kata pad ni tak semestinya digunakan utk wanita yang sedang berpantang, even kalau nak guna masa period dan sengugut yang teruk pun boleh... Takat mana keberkesanannya tak tahulah... Jz baca info kat internet jer...
 
NI INFO YANG SAYA BACA KAT INTERNET :
 
Tuala wanita berherba FC Bio Avail Beauty merupakan tuala wanita berherba yang pertama dan perintis diperkenalkan di Malaysia oleh SYARIKAT AVAIL BEAUTY SDN BHD Pada 25 Nov 2002.Produk berpaten 20 tahun dan produk yang diinsuran sebanyak RM3 juta.Mempunyai lesen jualan langsung dan sijil analisis produk. Avail Beauty telah mengembangkan rangkaiannya ke luar negara seperti Singapura,Indonesia,Thailand,Filipina dan beberapa buah negara lain. Dalam masa 3 tahun Avail Beauty telah memiliki wisma sendiri.


Untuk wanita yang baru bersalin (dalam nifas)
~ Kebaikan seperti bertungku (bertangas),mengecutkan rahim
~ Merawat luka selepas bersalin
~ Mengecutkan rahim dan merapatkan sistem peranakan
~ Menyedut segala darah kotor dan beku
~ Menghilangkan sakit merengat perut bagi wanita dalam pantang
~ Bagi wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak,sesuai dipakai sekali dalam sebulan
~ Sangat baik untuk merawat buasir (buang air besar berdarah)
~ Membantu menyembuhkan penyakit angin pasang bagi kaum lelaki
~ Amat baik bagi warga tua yang tidak boleh mengawal pembuangan air kecil
TESTIMIONAL dari pengguna :
 
Semasa mengandung, I telah mengalami keputihan yang agak teruk sehingga menimbulkan gatal2. Sememangnya tak tahan. Sebelum tu, pad ni telah pun diperkenalkan oleh kawan my husband, namun buat endah tak endah sahaja. Al maklumlah, xde apa2 masalah lagi. pada mulanya saya hanya pakai pantiliner biasa, namun begitu keadaan menjadi semakin teruk kerana pantiliner biasa menyebabkan bahagian tersebut berpeluh dan semakin gatal.  Akhirnya akibat tidak tahan, i desak my husband untuk beli 1 set pad tersebut yang mengandungi pantiliner, pad (normal flow ) & heavy flow. Akhirnya, setelah menggunakan pantiliner tersebut beberapa hari sahaja, keputihan semakin kurang dan kegatalan pun sembuh. Memang best la sebab dah ok selain memakai pantiliner ni sejuk je sbb ada 'mint' mcm tu..Haha...seharian i rasa segar dengan rasa sejuk & bau yang harum..  Semasa dalam pantang, I still pakai pad ni dan kesannya, jahitan terasa kurang pedih kerana rasa sejuk yang ada pada pad...Herba yang ada juga mengurangkan rasa gatal2 dan bau yang tidak menyenangkan. Pantiliner juga saya gunakan utk mengurangkan ruam dicelah peha ketika di dalam pantang (dengan menampalnya ke bahagian ruam tersebut)..Memang dapat memulihkan ruam tersebut dalam beberapa hari sahaja. I juga introduce kepada kawan yang ketika itu juga mengandung dan mengalami keputihan yang teruk sama seperti saya. Kesannya juga sangat memberangsangkan di mana keputihan dan kegatalannya juga semakin pulih setelah menggunakan pantiliner tersebut. Pad (normal & heavy) agak nipis berbanding pad biasa namun panjang..Walaupun nipis, tahap resapannya adalah sangat baik & xmudah bocor...Ianya boleh digunakan tak kira usia, jantina dan sebagainya..Boleh digunakan untuk sakit kepala, buasir, gatal2 dan sebagainya dengan menampal pantiliner ke tempat sakit..Insyaallah akan pulih dengan diiringi usaha  dan doa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...