love

love

Jumaat, Mac 01, 2013

Breast Pump pilihan..

 
 
Inilah dia Breast Pump pilihan saya.. dah beli pun... beli waktu dapat bonus bulan 12 yang lepas. Papa kata awal lagi nak beli.. tapi time tu je dapat rezeki lebih sket, so terus decide nk beli jugak.. Kalau ikut rasa hati nak beli Avent atau Medela, sbb rasa itulah yang terbaik buat masa ni.  Tapi bajet tu tak meriah mana... so rasanya breast pump yang nilah yang termampu dan terbaik dirasakan, breast pump yang diberi nama RUMBLE TUFF Electric Breast Pump Duo.
 
Walaupun belum guna lagi, tapi dah review testi kengkawan blog dan interview kengkawan yang guna... Satu yang besh, kaler dia warna PURPLE, warna favourite saya.. huhu... Selain dari tu Rumble tuff duo breast pump : Produk ni brand US dan baru masuk pasaran Malaysia... Boleh digunakan secara elektrik, bateri  mahupun manual, kiranya 3 in 1. Motor die pun tak besar dan tak berat. Kiranya boleh diusung kesana sini dengan mudah. Bunyi masa pump tak lah sekuat mana, just nicelah orang kata dan yang paling penting harganya yang murah iaitu RM340++ sahaja.  Masa saya beli ni tgh ada pakej promosi. Beli breast pump dapat barang2 kat bawah ni..
ni lah Breast Pump nya... harap niat suci murni saya nak menyusukan anak secara ekslusif ni termakbul lah,,,

ni plak Nursing Bra, beli 1 kemudian PWP dengan harga RM10, jadi saya borong 4 nursing bra...

  Pastu dapat BackPack, Ice dan juga Feeding Bottles...

alhamdulillah, murah rezeki anak saya. Semoga ianya digunakan sepenuhnya demi merealisasikan impian saya untuk menyusukan anak ketiga ini sehingga 2 tahun, insyallah. Sokong dan doakanlah saya..

2 ulasan:

- AZIE - berkata...

rumble tuff nie ramai yg ckp bagus dr review yg sy baca, tp sy beli avent manual je dulu..harap2 niat kita dipermudahkan..insyaAllah..

lady butterfly berkata...

insyaalah kak..kte sentiasa support akk..selamat mengumpul stock susu eh...jgn lupa pesanan kte...hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...