love

love

Rabu, Disember 12, 2012

Ulangtahun Perkahwinan ke 5 tahun...

 
 
Alhamdulillah... 8 Disember 2012 yang lepas maka genaplah perkahwinan saya yang ke 5 tahun. Syukur saya masih bersama suami dan anak2 tersayang. Syukur alhamdulillah kerana Tuhan memanjangkan jodoh kami dan memberi rezeki dengan penambahan zuriat yang baru...  Syukur kerana saya masih mampu menguruskan rumahtangga, keperluan suami dan anak2 walaupun dalam keadaan yang sederhana.. Semoga suami dan anak2 menerima saya seadanya...
 
Terima kasih buat suami tercinta... yang menjadi orang yang paling dekat dalam hidup saya. Gelak tangis saya hanya untuk dia... susah senang saya, dia masih bersama saya... hanya dia yang sanggup melayan kerenah saya yang kadang kala agak kebudak-budakan... haha.. hanya dia yang sanggup mendengar coleteh dan bebelan saya, dengan senyuman dan renungan yang sangat bermakna (mungkin itu cara dia menyelami hati dan memahami isterinya ini).. hanya dia yang sabar dengan kerenah saya... dia yang bersusah payah untuk saya dan dia yang melindungi saya dan anak2... Itulah suami saya yang tersayang... terima kasih abang..
 
Saya sangat menghargai dan menyayangi suami saya. Dia menerima saya dan keluarga seadanya. Daripada saya S hingga sekarang XL... huhu... daripada saya comei hinggalah dah comot sekarang.. (huhu, comei ke dulu??? Pasan tol saya nih) Apapun suami sayalah paling comel dihatiku...
 
Terima kasih kerana papa sentiasa mengasihi, menyayangi dan mencintai isterimu ini.. Terima kasih kerana sentiasa menggembira dan senantiasa membahagiakan isterimu ini.. Terima kasih kerana papa menjadi suami yang sempurna di dalam hidup mama.. Terima kasih kerana menjadi papa yang sangat sempurna kepada anak-anak kita. Terima kasih kerana menjadi menantu, adik ipar dan abang ipar yang sempurna kepada keluarga isterimu ini.... Terima kasih Allah kerana inilah jodoh yang ditetapkan olehMu untuk hambaMu ini... cukup sempurna untuk hambaMu ini...
 
Doaku semoga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga... Syurga Cinta Qaseh Abadi.. selamanya...
 
happy anniversary syg..


opsss ni tepek apo plakkkk... huhu, ini gift dari suami sempena anniversary dan besday.. suami saya memang suka pada gadget.. dan dia paling suka bila dapat beli gadget baru, isteri dia orang pertama yang menggunakan dulu... hehe terima kasih pa... Galaxy Note II mmg pilihan mama.. ^__^ 


 chantek kann???? 
sumber : google
 
 

2 ulasan:

Nurazura Asyikin berkata...

happy anniversary, mama ira!!! :) dalam picture, kakak ta ada.. mana dia? ouh sebuah syurga qaseh abadi selamanya.. insyallah berkekalan mahligai cinta yang dibina hingga hujung nyawa.. amin..

Unknown berkata...

tq.. azura! owh kakak Batrisyia dah sibuk dengan makcik2 dia... aleesya masih nak berkepit ngan mama papa dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...