love

love

Khamis, November 08, 2012

Trimester 2 : Minggu 19

 
 
Pepagi dah baca perkembangan kandungan (walaupun dah tepek info kat tepi tu)... sekarang dah masuk minggu ke-19. Lately nie selalu dok merungut kat papa perut macam dah tegang... dan alhamdulillah dah mula rasa pergerakan si kecik dalam perut mama.. anak mama tau ya mama gundah gelana sebab tak rasa dia gerak.. kalau rasa pun pagi jer.. pastu malam dah tak de dah.. tapi doc kata awk tido... huishhh sedap tido dalam perut mama ya...
 
info yang saya dapat dari baby center :
Anda sudah berada di pertengahan jalan! Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram.

Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta.

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. Tidak lama lagi, pasangan dua akan menjadi tiga dan banyak perubahan akan berlaku, jadi lihatlah bahagian seks dan perhubungan kami.

Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/19-minggu/#ixzz2BaXNGdFU
 
 
 
 
 

2 ulasan:

- AZIE - berkata...

sy baru 18w..rasa mcm dh mula rasa pergerakan baby jgk..tp kdg2 confius antara baby gerak ke atau angin huhuhuhu

Unknown berkata...

tu la sy pun kdg2 camtu gaks.. walaupun dah masuk anak ketiga dia punya pengalaman dan feel tu tak sama... hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...