love

love

Sabtu, Oktober 20, 2012

Kurang Darah... alahaii

 
 
Alahaiii sedih nak stori.. tapi inilah hakikatnya.. mengandung kali ni pula, doktor dapat detect saya kurang darah.... darah oh darah kenapa engkau kurang..... adoiii... doktor kata perkara spt ini adalah normal lebih2 lagi kepada ibu yang pernah melahirkan anak.. faktor bilangan anak merupakan salah satu sebab.. kemudiannya faktor ibu yang bekerja... mana nak manage kerja dan kemudiannya perlu menjaga anak2 setelah habis kerja (ya betul doktor...) dan lagi satu faktor umur ya.... biasalah bila dah mencapai umur 30 ke atas.... huiii tak der "atas" sangat doc, baru 32 tahun aje.. hehehe... 
 
bila dgr penerangan doktor tadi, saya akui betul lah juga... diantara faktor2 itu menyebabkan saya kurang darah... dan yang amat bersyukur sangat apabila doktor scan si kecil dalam perut mama ni, sangatlah AKTIF.... sama lah dik ngko ngan akak2 ko yang aktif tu... tapi mama suka jer kalian aktif.. tak per biar mama sakit sikit asalkan korang semu sihat2.. bila mama dah tua, jaga mama & papa tau.... insyallah... :
jom kita sharing info mengenai kurang darah ini (sumber dari google) :
 
Punca kurang darah:
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :
a)      Kurang memakan makanan yang berzat dan yang mengandungi zat besi 
b)      Ibu yang kerap bersalin
c)       Jangkitan cacing
d)      Pendarahan dari faraj atau buasir
e)      Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?

Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:
a)      Kelihatan pucat
b)      Sentiasa rasa letih lesu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah
c)       Rasa mahu pitam bila bangun
d)      Sentiasa rasa pening
e)      Bengkak kaki dan muka
f)       Kebas kaki dan tangan
g)      Rasa mengah dan hati berdebardebar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?
Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah. 

Kesan bila dipandang remeh:
a)      Anda mungkin mengalami keguguran
b)      Melahirkan anak tidak cukup bulan
c)       Anak mati dalam perut
d)      Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
e)      Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
f)       Keluaran susu badan akan berkurangan
g)      Mudah mendapat penyakit lemah jantung
h)      Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
i)        Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi:
a)      Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit·
b)      Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
c)       Rehat dengan cukup
d)      Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
e)       Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
 
Hasilnya setelah pemeriksaan dan nasihat doktor.. saya mendapat obat2 ini... Terima kasih doctor kerana concern dengan kesihatan saya... 

ubat tambah darah

vitamin

kalsium

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...