love

love

Selasa, Julai 03, 2012

Rindunya berblog!


 
 
Salam kembali buat semua teman2.. lama rasanya tak berblog.. terlalu banyak tugasan yang perlu dibuat... cuti semester yang lepas, diarahkan untuk mengajar modular... dalam masa yang sama ada bengkel2 dan program akademik yang perlu diikuti.. jadinya jadual tersangatlah pack.. tersangatlah tak de mood utk duduk di depan lappy Samsung dengan mode rewang dan santai... jadi conclusion, tiada ruang untuk berblog ketika itu... kerjaya dan tugasan perlu dilaksanakan dengan baik.. memanglah ianya mungkin tak sempurna 100% tetapi once diberi tanggungjawab, saya akan cuba laksanakan sebaik yang mungkin..
 
Kini semester telah pun bermula... Sekarang ni masih dalam Minggu 0, iaitu minggu pelajar2 melihat keputusan peperiksaan mereka, mendaftar subjek, mendaftar kelab, hari mesra pelajar dan banyak lagi.  Minggu hadapan bermulanya kuliah untuk mereka.. 
 
Semester ini saya mengajar 4 subjek.. Fuhh masih mengajar subjek Multimedia.. memang saya ni dah murtad sungguh dari bidang pengajian saya dulu... huhu kasar ker bunyinya..?? Rasanya saya bertuah kerana mempunyai pengetahuan yang lain dari bidang saya mengajar dulu... Kalau dulu mengajar subjek Software Engineering, tapi sekarang Subjek Multimedia saya mengajar juga... Oklah kalau letak kat RESUME nanti.. hah apakahh..?? RESUME..???? tetttttttttttttttttt....
 
Sem ni kena mengajar 4 Group.. 
 
DMK2M - DCM2084 Basic Animation (35org), 
DPP3A & 3B - ITM2113 Introduction to Multimedia (160org), 
DTM3,3M - ITM2323 Grafik & Animasi Komputer (26org) dan 
DSK - SIM2209 E-Pentadbiran (5org) --- ni subjek UPM nih.... 
Overall 21 credit hours

So sem ni walaupun banyak group, banyak subjek n ramai pelajar.. saya akan tetap bersikap POSITIF dan akan mengendalikan kelas dengan baik... ini memang kerjaya saya sebagai PENSYARAH... jadi tak perlu mumbling2... saya ikhlas mengajar....
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...