Kisah Bila dah ada Pangkat...

Agak sensitif title saya ni.. Maaflah saya tak merujuk siapa2.. Saya cuma nak story tentang adik saya yang telah dibuli oleh majikannya.. Sangatlah saya sakit hati dan sedih mendengarnya.....
Adik saya seorang graduan yang mempunyai Ijazah Perakaunan... after grad dia pernah berkerja di Jabatan Akauntan Negara tetapi dalam status kontrak... if kontrak xrenew maka dia tak berkerja lah.. jadi dia pun cr alternatif mencari peluang kerja lain.. then dapatlah satu job di R*Y*L Selangor... Jawatan yang ditawarkan adalah pembantu akaun (account assistant)
Hampir seminggu dia kerja, tiap2 hari mesej saya.."Sedihlah kak ngah.." Saya pun jadi musykil.. Kenapalah adik saya ni.. kemudian saya pun advice lah diaa... keje mmglah susah... kena berusaha.. kena belajar kalau tak tahu.. agak pelik juga, sbb adik saya ni saya boleh kategorikan seorang yang berkebolehan, berdikari dan berdaya maju... based on previous job, dia mmg succes bila buat akaun... saya tau dia boleh buat...
Bila ditanya, adik saya pun ceritakan dia perlu menyediakan akaun menggunakan sistem yang digunapakai oleh syarikat tersebut... so mungkin agak kekok sedikit untuk dia adapt dengan sistem tsbt.. so, kalau difikir secara logik, adik saya perlu diberi training dan masa untuk dia mempelajari sistem tsbt.. agree kan..? Bagilah masa sedikit... sediakan juga manual utk dia.... itu sememangnya satu keperluan bagi memastikan kakitangan utk adapt dengan apa-apa pengurusan kerja yang telah menggunakan sistem berkomputer.. ada faham PN MAJIKAN...?? saya seorang pensyarah yang berlatarbelakang pendidikan komputer saya tahu ini adalah keperluan utama untuk memperkasakan penggunaan dan teknologi ICT di kalangan kakitangan anda...
tapi apa yang adik saya dapat... satu cacian dan makian yang sangat tak boleh terima... adik saya bukannya tak ada pelajaran... inilah dia kata2 kesat yang adik saya terima (saya copy dr FB adik saya):
janganlah memperbodoh2kan orang kerana anda sendiri bodoh dan bebal.... macam ni ker anda menjaga kebajikan staff anda.... kesian adik saya... kalau hari2 kena maki hamun apa citer.. yang saya tak boleh terima tu siap TOLAK KEPALA lagik.. kurang ajar sgt.... panas betul hati saya.... Jika adik saya nak resign saya sokong dia 100%.. buatlah yang terbaik dik... anggaplah tak de rezeki di situ.... semoga apa yang terjadi ini pasti ada hikmahnya...
kenapa ya bila orang bila dah berpangkat menjadi angkuh?? saya tahu mungkin tidak semua begitu... yang segelintir inilah yang sebenarnya mencemarkan nama baik seseorang yang berkerjaya dan berpangkat... merekalah yang menyebabkan golongan lain melabelkan golongan ini tidak profesional... tolonglah fikir apa yang anda lemparkan pada kakitangan bawahan anda.... mereka perlu di didik bukan diherdik... anda juga seperti mereka dahulu, bermula dari bawah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan