Info - FB
Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa
mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran,
3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim,
14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang
digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah
Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah
Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib
(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak
tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti
sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada
anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak
orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang
antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari
pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua
anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya
dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah
SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis
At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku
mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun
daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang
tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan
kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan
yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau
berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu
dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah
bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam
dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di
tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah
satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan
model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi
dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah,
kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci
salah seorang dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok
sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat
anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak
yang sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi
rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini
adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak
yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang
tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada
pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak
akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk
berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan
di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan