love

love

Khamis, Disember 29, 2011

Kawan...

Sekarang dah stat semester baru, banyak perkara yang nak kena settle.  Kali ni saya dapat 4 subjek dan 5 kumpulan pelajar. Pelajar DICT, DKS, DTM dan juga DSK.  Subjeknya pula Grafik & Animasi, Isu2 Teknologi Maklumat, Desktop Publishing & Etika Teknologi Maklumat.  Persediaan agak dalam 'kepayahan' juga kerana dua subjek baru yg saya terima dalam semester ini. But tak kisah pun... at least saya tak fokus subjek yg sama aje.  Cumanya agak penat sedikit sbb saya kena prepare SIP dan soalan exam sekaligus di saat saya hendak menduduki exam master pada 7 & 8 Januari ini.  Ya Allah semoga dipermudahkan segalanya.

Oppss cerita di atas tiada kaitan dgn title post saya... act, cerita di atas sebagai mukadimmah aje... hehe.. Sebenarnya, saya nak meluahkan sesuatu mengenai title di atas.  Alahaiii sangat sedih... tak tahu nak mula di mana.  Saya cuma nak luahkan, di saat saya sedang sibuk menjalankan kerjaya sbg pensyarah... di saat sibuk membesarkan anak2 dan di saat sedang sibuk bertungkus lumus utk exam saya ditekan, ditimpa dgn masalah emosi dan perasaan terhadap seorang kawan.  Emosi saya sudahlah berkecamuk dgn tugasan2 sebagai pensyarah... emosi dengan menguruskan rumahtangga... kadang2 sedih saya terlepas perasaan marah saya pada anak2 dan suami... (maafkan mama.... papa dan anak2 kesayangan mama)... di saat fikiran saya berbelah bahagi... lulus ke tak?? score ke tak?? takut adakah persiapan sy untuk exam master ini sudah memadai atau tak sampai 10% pun.... alahaiiiii....

Tiba2 saya tersentap dgn seorang teman yang menyindir saya di FB hanya kerana saya tidak dpt menyambut sapaan dan pertanyaannya.... sedangkan ketika itu fikiran sy tengah berkecamuk menyiapkan tugasan di saat akhir... bukan last minute... but saya sendiri tidak cukup masa sedangkan saya sudah berusaha menguruskan slot masa saya dengan sebaiknya.  Itu sahaja situasinya.... sbb itu sahaja....

Puaslah sudah saya berbuat baik padanya... memberi pertolongan sedaya yang saya mampu... namun tak pernah di hargai, malah sedikit kesilapan yang tidak disengajakan terus diwar2kan di komuniti sosial yang boleh dibaca oleh semua kawan2 saya yang lain... sangat sedih... btw SALAHKAN SAYA KETIKA ITU??? bila sesorang nak tanya pada kita, saya kena bangun dah pergi ke tempatnya untuk memuaskan hatinya...?? saya kena pergi tempat dia...?? bukan dia yang pergi tempat saya....??? begitu ker....??? kalau saya, jika ada apa2 yg saya nak tahu,  saya akan pergi kepada org itu melihat situasinya, samada sesuaikah waktu utk saya berurusan dgn dia.... risau juga kalau saya menganggu dia tetiba... saya tak boleh assume, if saya free... dia pun mesti free untuk melayan saya!!!!  BETUL atau TIDAK??? saya perlukan privasi saya juga... Tidak bolehkan dia menghormati itu??? sangat sedih.... saya silap.... anggapan saya buat baik dibalas baik sama sekali tidak beerti di zaman sekarang... buatlah sehabis baik mana, namun orang takkan menghargai....

Cukuplah.. saya sudah meluahkan.... Terima kasih buat kawan saya yg saya dah anggap seperti adik saya sendiri yang sudi mendengar keluh kesah saya.... Yang sangat memahami saya.... (Istimewa saya tujukan buat dia.... )  Pengertian dan sokongan dia sudah cukup mengubat hati saya yang terluka dan sedih.

Erm.. jz sharing info2 mengenai kawan yg saya google.... 
Untuk apa ertinya berkawan... kalau kawan tak boleh nak tolong kawan! Kita kawan-kawan tak mau lawan! Terus ROCK sampai ajal! Gua caya sama lu! Kalau ada kawan yg suka makan kawan... Tak perlulah adanyakawan! Kawan-kawan bukan haiwan! So jangan ikut perasaan ok! Ada kawan suka melihat kegembiraan kawan yg lain... Ada kawan yg suka melihat tangisan kawan yg lain! Kalau begitu maknanya kawan... Memang sukar menilai ertinya kawan! Ada kawan hanya bersama ketika senang... Ada kawan hanya melihat saja kawan yg sedang kesusahan! Ada pula kawan yg suka melihat kejatuhan kawan-kawan! Malah ada juga kawan yg sentiasa berusaha menikam kawan dari belakang! Untuk apa ertinya berkawan kalau bukan sebagai kawan! Untuk apa ertinya berkawan kalau tak mampu menjadi kawan! Untuk apaertinya berkawan kalau masing-masing suka berlawan! Untuk apa ertinya berkawan kalau kawan suka makan kawan! Kawan yg baik adalah kawan yg mahu berada bersama kawan ketika susah dan senang! Kawan yg baik adalah kawan yg sentiasa sporting! "Gua bertuah mendapat kawan yg sporting macam lu!" Berkawan dengan prinsip kejujuran... walaupun jauh terpisah namun tetap akan berkekalan! Berkawan dengan prinsip hasad dengki lama-kelamaan membawa mati! Kawan tanpa kawalan memang menyeronokan! Namun awas akan kebatilan seorang kawan yg mungkin akan membahayakan! Apa gunanya erti berkawan kalau kawan tak mahu memahami hati seorang kawan! Apa gunanya erti berkawan kalau kawan hanya mementingkan diri sendiri sehingga melupakan kawan! Apa gunanya erti berkawan kalau ada kawan yg tak sanggup menangis kerana kawan! Kawan adalah kawan! Tanpa kawan akan kosonglah ertinya berkawan! Untuk berkawan memanglah mudah! Namun utk menjaga hubungan antara kawan adaah sesuatu yg maha sukar! Berkawan memerlukan pengorbanan! Berkawan memerlukan kesefahaman! Berkawan memerlukan kesesuaian! Tanpa kawan dalam kehidupan... akan suramlah perjalanan! Untuk apa ertinya berkawan kalau bukan sebagai sebuah sandaran! Untuk apa ertinya berkawan kalau bukan sebagai sebuah platform utk meluahkan perasaan! Untuk itu... sama-samalah menjaga kawan! Jangan sampai kawan makan hati kerana bengang dengan sikap kawan! Jangan sampai kawan jadi serba-salah apabila terpaksa berhadapan dengan karenah seorang kawan! Hormati kawan umpama menghormati diri sendiri! Nescaya akan terbitlah makna sebenar "Untuk Apa Ertinya Berkawan" KIta kawan-kawan tak mahu lawan!  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...