Kisah student saya di kala awal semester baru buka. Huhu... actually saya tersentak tersentap dengan ragam seorang student saya (ni baru sorang). Di kala waktu maghrib menjelang saya mendapat sms dari pelajar ini yang bertulis lebih kurang begini ya..
"Miss, saya sedang menangis sewaktu ini.. saya sangat sedih. Hari ini saya dapat result melalui sms, saya mendapat 3A dan 1B. Saya sedih sebab ITM saya dapat B"
So, apa perasaan anda jika mendapat SMS yang sama seperti itu. Mari saya translate sedikit ITM tu subjek yang saya ajar pada dia. Dan subjek ini pelajar saya mendapat B. So what is ur expected all my readers?? Saya tersentap, tak dapat kata apa2. Adakah ini kesalahan saya sebab memberi dia gred B utk subjek ini? Adakah saya merupakan punca dia menangis. SAYA...?? Oh tidakkk....
Tidak cukup dengan itu pelajar ini berulang kali menelefon saya di kala waktu rehat saya di rumah. Waktu maghrib pulak tu... (oh lupa ini pelajar non-muslim). Agak berkali-kali juga panggilannya yang tidak saya jawab. Akhirnya suami saya bersuara dan menjawab telefon tersebut. Agak tegas juga kata-kata suami saya pada dia. Dan saya membiarkan sahaja. Ya, benar kata suami saya. Tak perlu layan panggilan pelajar2 apabila waktu kelas sudah berakhir.
Saya hanya tersenyum pahit, di dalam hati sudah terasa sedih mengenangkan pelajar ini lebih-lebih lagi apabila dia mempertikaikan kredibiliti saya sebagai pensyarah memberi markah kepadanya. Actually ini bukan kali pertama. Dah banyak kali. BUT inilah kali pertamanya saya meluahkan diblog kesayangan saya ini. Pelajar saya ini mengharapkan agar saya memberinya gred A. Beri?? Bagi...?? Alahai pelajar, ianya bukan sekadar TULISAN yang boleh diubah2. Ianya adalah hasil penilaian saya pada anda berdasarkan pencapaian anda di dalam peperiksaan dan kerja kursus. Ya, memang betul kerja kursus anda hantar dan siapkan dengan baik. Ya memang betul kedatangan anda di kelas amat cemerlang tetapi.... anda lupa, anda tak semestinya dapat score 100% di dalam peperiksaan. Anda jangan lupa peperiksaan anda banyak mempengaruhi pemarkahan dan gred subjek anda.
Saya adalah pensyarah yang mengajar subjek aplikasi.... antaranya Introduction to Multimedia, Graphic & Animation Computer. Kebanyakkan subjek saya dinilai based on your skills that u apply in my class n lab. So if u jawab application based on theory or based on logic, ianya adalah tidak memadai dan tidak mencapai kriteria/skema pemarkahan saya. Bukankah ini semua saya dah inform pada awal semester. Thats way utk subjek ini saya banyak menekankan komponen, terms, tools dan class lab yang selalu anda attend. (yang jarang datang tu confirm lah tak score) Tidakkah anda sedar akan hal itu..?? Tidakkah anda sedar mengapa saya mengajar anda bagaimana untuk mengetahui jenis font2 dalam terms multimedia... Tidakkah anda sedar mengapa saya ajar anda bagaimana untuk apply imej/grafik dalam produk multimedia. Prihatinkah anda apabila saya mengajar audio dan video di lab. Andakah anda sekadar mencuba namun tidak mahu memahaminya. Tidakkah ianya berguna pada anda walaupun anda di dalam kursus perniagaan, hotel catering, sekretari dan apa sahaja kursus...
Saya amat yakin, kaedah pengajaran saya untuk memahamkan anda semua sangat berkesan dengan penggunaan slide, manual, nota yang disediakan serta teknik2 mengaplikasikan dari A until Z... Tidak cukup dengan itu saya sediakan extra notes untuk anda mencuba sendiri dengan bahasa permintaan anda iaitu BAHASA MALAYSIA.... Tidakkah anda sedar itu semua...???
Nah, sekarang.. Tepuk dada, tanyalah diri sendiri....... Apa sebenarnya Learning Outcome yang anda dapat sewaktu belajar subjek Multimedia bersama saya... Dan tanya sendiri, adakah multimedia lebih kepada teori semata-mata atau aplikasi yang perlu anda apply... Pelajar... nasi dah ada di depan mata, jangan tunggu orang suapkan. Anda sudah dewasa!
Kepada pelajar saya itu, diharapkan anda memahami apa yang saya cuba sampaikan. Ini prinsip saya... Saya menilai dan memberi kepada mereka yang berhak. Saya bukan semata-mata menilai anda berdasarkan attitude yang baik dan yang mesra pada saya. Ya, saya mesra pada semua pelajar dan saya baik pada semua pelajar. But saya bukan pensyarah yang bias....! Dan pelajar, anda juga sepatutnya begitu kepada saya, kerana anda sebagai pelajar perlu menghormati saya sebagai pensyarah anda. Bila anda mempertikaikan saya, ianya bagai satu tamparan yang hebat pada saya. Saya bukan pensyarah yang tidak boleh menerima teguran pelajar saya. Tetapi saya bukan mudah untuk disogok. Mengagalkan pelajar yang cemerlang beerti saya menggagalkan diri saya sebagai pensyarah. Dan.. begitulah disebaliknya.. Saya sangat menjaga prinsip itu!
Terima kasih kepada Ketua Program yang memberi sokongan pada saya apabila diajukan situasi ini. Semoga semua Ketua Program di kolej saya seperti beliau yang juga membuat etika kerja yang bersih, bukan untuk diri sendiri malah untuk anak bangsa, agama dan negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan