Jumaat lepas, 9/12/2011 genaplah umur saya yang 31 tahun.. Fuh dah tua ya.... huhu... Alhamdulillah Tuhan memberi kesempatan utk saya meneruskan sisa-sisa hidup... mengharungi onak dan ranjau... berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Insyallah saya akan terus memperbaiki kelemahan diri... mematangkan diri dalam kehidupan ini.... Alhamdulillah diusia saya ini, saya sudah mempunyai jawatan yang saya banggakan ini (memang dari kecil bercita2 nak jadi seorang guru, pendidik).... Alhamdulillah diusia ini saya sudah mempunyai keluarga sendiri dan anugerah yang begitu besar Allah kurniakan pada saya, seorang suami yang amat menyintai, menyayangi dan mengasihi saya serta dua cahaya mata yang sangat saya kasihi... Tanpa mereka, saya rasa tidak lengkap hidup saya... Setiap nafas saya, adalah untuk mereka. Alhamdulillah diusia ini saya sedang berusaha meningkatkan pengetahuan dan ilmu demi masa depan saya..
Huhu... Terima kasih buat semua yang wish hari lahir saya... Suami, Kakak, Adik2, Kawan2 dan Pelajar2 saya yang wish besday kat saya samada secara live (cewaahh), sms dan juga dalam FB. Terima kasih. Tanda ingatan anda amatlah saya hargai. Doa anda semua menjadi suntikan semangat untuk saya terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara...
For that day, mmg saya tak celebrate pun.. Sebab masa tu ada rehearsel Konvokesyen Cybernetics di UPM.. Jadinya, saya assume kawan2 yang wish saya tu sudahpun meraikan saya.. Makan2 yang disediakan oleh pihak kolej kepada semua urusetia konvo termasuk saya adalah makan2 meraikan besday saya.... heheh...
Ini dia gambar2 kenangan sewaktu besday saya + raptai di UPM...
Ini dia kad jemputan yang saya terima sempena konvokesyen Cybernetics ke 8
Tema kaler : Kelabu/Silver
Tu diaaa nama saya, jemput ke tak saya WAJIB hadir sbg URUSETIA di majlis Konvokesyen ini... hehe
Ini dia kawan2 saya yg pepagi dah wish + peluk cium saya sempena ulangtahun saya yg ke 31...
Ini sewaktu makan... sempat lagik berposing
Ini pula bergambar dengan Prof Dr Nazarudin...(saya memang teringin sangat nak bergambar dengan beliau). Opss tgk belakang tu, kawan lama saya pun ada, Kurniawan Haron.. hehe.. lama tak jumpa dia... kali ni jumpa dah macam YB.. hehe
Akhirnya... tercapai juga impian saya bergambar dengan Prof Dr Nazaruddin, Ketua Eksekutif Cybernetics... Prof adalah idola dan insipirasi saya untuk menjadi pendidik yang berjaya...
Ini pula besh fren saya.. adik Shima shimot... huh
Ini pula bersama Ustazah Mariam... haaa dan tu diaa peserta Ustazah pilihan, pelajar Cybernetics, pelajar kolej kami, Nur Aqidah... huhu sempat jugak tumpang glamor dia...









Tiada ulasan:
Catat Ulasan