
contest ni di tag dr member saya Pn Shima.. Nak join?????? sila2....klik SINI Contest ni hanyalah utk org yg da berkahwin aje....jadi saya nak tag pada Mama Awin, Yantie-Bella, Elin, Mama Nida dan semua kawan2 yg dah bergelar Mama ya. Kongsikan bibit2 percintaan anda dan suami anda...
Sudi-sudikanlah membacanya.... buat Pemilik blog Corat Coret Keyphoche dan juga ditujukan khas buat suami tersayang Mr Papa.
Sudi-sudikanlah membacanya.... buat Pemilik blog Corat Coret Keyphoche dan juga ditujukan khas buat suami tersayang Mr Papa.
Cinta pertama yang hadir dalam hidupku amat memeritkan dan amat mengecewakan. Diriku ibarat telah jatuh tersungkur dalam membina cinta yang satu itu. Walaupun amat kutahu, mak & abah tidak merestui cinta kami. Cintaku diuji hebat apabila kekasih hati mula meninggalkan aku dan setahun selepas itu dia mula menganggu hidup aku. Memaki kedua org tuaku, membuat fitnah tentang diriku kpd kawan2ku, menghantar sms dengan kata2 yang kesat, mengekori aku di luar dan pelbagai lagi gangguan lain hinggakan aku terpaksa buat polis report! Bayangkan betapa siksanya BERCINTA ketika itu. Betapa bencinya aku pada CINTA ketika itu. Dan betapa meluatnya aku dengan insan yang bergelar LELAKI!
Namun takdir merubah segalanya. Perkenalan dengan suamiku hanyalah melalui di INTERNET. Aku ingat lagi, aku mengenali suamiku di laman web sosial, VF. Aku memang ramai member lelaki di VF. Tapi biasalah, ianya sekadar kuantiti dr kualiti. Kenalan VF akan bertanyakan ASL aku dan kemudian ajak keluar. Adalah dua kali aku keluar dengan kenalan di VF. Ada juga "request" nak couple. Huh, bukan jual mahal, tapi padaku lelaki semua sama. Semuanya suka menghancurkan hati & perasaan orang.
Salah seorang kenalanku ialah SUAMIKU sendiri. Memang dah lama kenal ngan mamat ni tapi tak pernah lagi dia merengek ajak keluar sama. Huhu. Agaknya dia memang nak berkenalan secara maya je kot! Kalau tak kat VF, kami akan berhubung di MySpace, YM dan juga SMS. Rasanya dialah org yang paling lama aku kenal di secara maya. Selama ni kenalan aku di internet sekadar Hai Hai Bye Bye aje. Apapun aku rasa terhibur bila berchatting dengannya. Bila berbicara dengannya, rasa hilang masalah yang terbeban di kepala. Rasa macam terhibur dengan maklumbalasnya. Rasa seronok dan rasa memang nak BERCERITA... BERCERITA dan BERCERITA dengannya.
Agak curiga juga dengan mamat ni. Sepanjang berkawan dengan dia, selalu kata SAYANG kat aku. Even DECLARE dan nak couple pun dalam internet. Can u imaging he propose me on website only. TAPI... ingat hati aku cair? Eleh, memang tak percaya kata-katanya masa tu. Biasalah kata-kata orang lelaki kan? Lembut gigi dari lidah! Bila tengok gambar yang dia attach, memang aku assume jenis muka yang suka kecewakan orang. Memang lah kacak, hensem & bergaya (di sudut pandangan aku). Tapi jenis muka macam ni lah yang perempuan keliling pinggang. Huhu jahat sungguh pandanganku terhadap dia pada ketika itu. Serius.. aku memang tak percaya dan tak sukakan dia pada masa tu.
Kalau tak suka, Kalau tak percaya kenapa masih nak layan lagi? Itulah statement kengkawan bila aku selalu bagi impression buruk pasal dia (hehe sori Papa). Classmate aku Awin & Yanti (masa tu tgh sambung degree) selalu menadah telinga mendengar cerita aku tentang dia. Pernah sekali tu aku suruh Awin bohongkan dia yang tgh call nak cakap dengan aku. "Tak baik kau buat dia macam tu, mana tau dia ikhlas" Marah awin pada aku. Aku hanya mampu mendiamkan diri, benakku masih mengingat kisah silam hingga menyebabkan aku memandang negatif pada kaum Adam.
Hinggalah pada satu hari (masa tu aku tengah cuti semester) suamiku ajak nak jumpa untuk pertama kalinya setelah sekian lama kam berkawan (seingat aku masa tu dah nak masuk 6 bulan... heheh sebab aku tgh cuti sem masa tu). Aku tanya pendapat keluarga dan kawan2. Semua bagi respon positif. "Bagilah dia peluang, mana tau dia lelaki yang merubah pandangan kau tentang semua lelaki jahat di dunia ni" Fuh, betapa negatif rupanya aku bila kengkawan cakap begitu. Sumpah aku bagaikan tersedar dari mimpi ngeri.
Aku pun jumpalah suamiku di KLCC, masa tu nak tgk cerita PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM lakonan Maya Karin. Walaupun aku dah tersedar diri, still lagi was was dgn kaum Adam ni. Aku ajak adik2ku (Awa & Nabila) temankan aku dating ngan mamat nih. Just usha kami dari jauh. Nak suruh diaorg pantau dan tgk ok ke tidak mamat nih. Huhu.
Kali pertama berjumpa dia, hatiku berdebar. Bila mata bertentang, jantung berdebar2, serius tak tipu... Bukan buat cerita Kuch Kuch Hota Hai. Bila lihat senyuman dia (yg ala-ala hero tu) hati aku macam cair dan membalas senyum dengan seikhlas2nya (tak de lagi senyum kambing, senyum acuh tak acuh pada org lelaki macam dulu). Masa tu terdetik hati, "INIKAH DI NAMAKAN CINTA?" cewahh macam slot drama plaks. huhu
Setelah Movie habis, kami pergi makan dan terus balik. Balik sendiri2.. tak de makna nak suruh dia hantar. Aku boleh balik sendiri. huhu. Tapi kenapalah bila jumpa dengan dia rasa cam malu sgt. Harap2 rambut aku oklah. Harap2 makeup ok. Liptick tak over.. Eyesyahdow ok.. Harap2 xde cili kat celah gigi.. huhu sampai macam tu sekali aku risau. Dengan orang lelaki lain xdelah pulak macam ni. Mamat ni ada pakai ilmu apa2 ker? Hehe... Dalam perjalanan balik, dia call dan tanya, "Percaya tak kat saya?", "Sayang tak kat saya.. Saya memang sayangkan awak" lebih kurang cam tu lah. Tersentuh jugak hati aku ketika itu. Rasa macam nak terjatuh henpon masa tu, dahlah tgh berdiri dalam LRT yang padat cam tin sardin tu. Tak terkata di buatnya. Hanya senyum aje dan dapat rasa debaran tu masih tak hilang lagi. Serius tak tipu! Memang masa tu hati berbunga riang. Bunga2 cinta.
Memang nampak dia jujur dan benar-benar cintakan aku. Hatiku terdetik, mungkin dialah lelaki yg kucari selama ini. Dia sanggup menunggu aku hingga aku habiskan pengajianku. Dia menerima diriku seadanya. Dia menerima kekurangan ibu dan bapaku dengan hati terbuka. Dia bukan seperti lelaki lain yang memandang kepada wajah semata-mata. Dia berfikiran terbuka. Dialah pendengar setiaku tatkala aku suka dah duka (patutlah aku suka chatting dgn dia dulu) Dia memang lain dari yang lain.
Dan hatiku yg seperti kerak nasi terbakar ni terus lembut. Aku akui aku sayangkan dia. Ya aku memang cintakan dia. Dia memperkenalkan aku dengan kedua org tuanya (semakin aku percaya cintanya padaku). Dan setelah tamat pengajian, dia terus hantar rombongan merisik dan kami mengikat tali pertunangan. Kami diijabkabulkan setahun selepas bertunang, setelah aku mendapat tawaran bekerja sebagai pensyarah. Ikatan cinta telah dilafazkan pada 8hb Disember 2007 di depan arwah ayah dan keluargaku.... dan pada 9hb Disember 2007 kami melangsungkan perkahwinan bersempena dengan hari lahir aku ketika itu. Benar, cinta itu adalah kebetulan.. Cinta itu Indah. Memang kami ditakdirkan bersama. Aku bersykur kerana dianugerahi seorang lelaki yang benar-benar menjadikan aku sebahagian dalam hidupnya hingga ke akhir hayat.
Hingga kini, setiap kali hari lahir ku, kami akan menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan bersama-sama. Kami hidup bahagia dan dikurniakan dua puteri kesayangan. Semoga kebahagian kekal hingga ke akhir hayat. Bukankah Cinta itu Indah!
4 ulasan:
uikss..awatnye cite habis..malu..hu3..luv u sayang..hu3..
kebetulan ada contest nih.. kalau xmenang pun xpe... sbb papa lah juara hati mama....luv u too papa..
hehe...aku ingat lagi time ni... hehe siap game the sims dalam pc aku,ira create couple nama the sunshine family..eira n eirul....hehehe
moga berkekalan hingga ke akhir hayat..amin
thanx join..gud luck!cinta sejati tu indahkan...
Catat Ulasan