Abah dimasukkan ke sekolah khas, mempelajar segala-galanya dlm kehidupan orang buta. Belajar berjalan menggunakan tongkat putih, menaip menggunakan mesin braille, belajar mengenal duit kertas, duit syiling dan banyak lagi. Sewaktu abah cerita semua ni pada aku, menitik juga air mata ini. Bagaimanalah mak abah mengharung hidup membesarkan kami 4 beradik di dalam dunia yang penuh pancaroba ini. Tak semua org mampu mengharunginya, tapi aku bangga abah, berjaya buktikan bahawa buta bukan penghalangnya.
Abah sangat istimewa. Walaupun abah buta, tapi abah seorang penulis novel yang berjaya. Abah aku sudah menghasilkan banyak karya berbentuk novel remaja, novel untuk teks bacaan sekolah menengah, skrip drama tv & radio. Hebatnya abah. Bagaimana dia bangkit dan mendapat kekuatan untuk terus berjaya di dalam kegelapan, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Benar, Tuhan menguji umatnya yang mampu menghadapinya.
Aku ingat lagi sewaktu aku dulu, aku selalu membaca skrip-skrip novel abah. Aku akan baca depan abah, sekiranya ada pembetulan abah aku betulkan ayat2nya dan aku akan mencontengnya di draft novel abah. Kemudian abah akan edit semula sehingga completed barulah di hantar ke publisher. Percaya atau tidak abah pandai menggunakan komputer biasa untuk menghasilkan novel2nya. Cuma abah perlukan bantuan suara untuk mengedit novel2nya. Kalau dulu anak2 yg akan membaca. Tapi sejak dunia semakin canggih ni abah dah banyak buat sendiri. Aku rindu untuk membaca novel2 abah seperti dulu. Aku yakin kalau abah ada lagi mesti banyak novel yang abah hasilkan.
Dulu masa kecil2 dulu, aku selalu ikut abah gi seminar-seminar sastera. Dapat jumpa Usman Awang, A. Samad Said, Othman Puteh dan banyak lagi penulis tersohor di Malaysia ni. Kakyong lah yang paling byk ikut abah gi seminar2 penulisan ni. Aku kdg2 banyak tolong mak dirumah masak2.. sbb tu aku pandai masak.. heehe.. Abah punya hasil penulisan sangat puitis... bersastera.. suka baca novel abah.. Ermm kalau nak tgk novel2 abah, leh tgk kat blog ni. Blog ni aku bangunkan utk abah. Abah suka bila ada blog sendiri senang nt bila wartawan tanya profile atau novel terbaru abah, abah akan kata sila tgk blog saya ya.. hehe.. tu abah kata dulu... Tapi skang abah dah tak de, aku pun jarang update dah.. semua yang ada tu kenangan... Ini blog abah www.mohdghazalitocheh-ans.blogspot.com
Dulu masa abah ada, ramai wartawan2 yg interview abah, nak kongsi kejayaan abah di mata umum. Ya.. pada aku abah sangat berjaya. Memang patut kisah abah dipaparkan di majalah2 atau artikel2 tempat dan jadikan tauladan kepada generasi skrg. Semua orang boleh berjaya walaupun ada kekurangan. Di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan.
Abah aku juga seorang penjawat kerajaan.. Semasa hayatnya dulu, abah bekerja di Kementerian Kewangan Bahagian Belanjawan. Abah juga pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang selama dua kali berturut2. Yang pertama sewaktu Dato Seri Anwar Ibrahim jadi PM, dan keduanya sewaktu Tun Dr Mahathir jadi PM.. Seronok jadi anak2 abah sebab dapat jumpa PM lagik... Kejayaan tertinggi abah ialah mendapat Anugerah Setia Negeri Sembilan (ANS) dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja'afar Ibni Alrmahum Tuanku Abdul Rahman. Memang aku bangga menjadi anak abah.
Abah selalu tanya, "korang tak nak jadi penulis mcm abah ker?" aku hanya tersenyum. Sebenarnya aku pun sangat suka menulis, berkarya seperti abah. Dulu masa sekolah dulu adalah beberapa cerpen aku diterbitkan oleh Berita Harian & Minda Pelajar, rasanya ada aku letak kat blog keluaran2 sebelum nih. Cikgu2 ada yang memuji, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.. Betul..mungkin aku ada mewarisi bakat yang abah ada. Tapi aku ni kekadang, tak cukup masa untuk diri sendiri. Dengan kerja dengan keluarga. Teringin jugak nak terbitkan satu novel hasil dari diri sendiri. Akan ku realisasikan jua impian ini, insyallah.
Di saat akhir abah pergi meninggalkan kami, ketika aku telah melahirkan puteri sulungku Dhia Batrisyia. AKu dapat panggilan telefon dari Kakyong kata abah tgh nazak. Padahal hari sebelum abah pergi meninggalkan kami, abah cuma demam biasa dan selsema. Abah pergi dengan mudah. Abah cuma demam. Tak delah abah sakit terlantar... mungkin abah xnak menyusahkan kami bila di sakit terlantar. Seminggu sebelum abah pergi, memang dia nak jumpa semua anak2nya. Aku ingat lagi masa tu aku baru abis pantang, abah siap pesan "biar abah datang umah ko lah... nak tgk angah ngan cucu abah..." Tapi tak sangka itu kali terakhir aku dapat jumpa dan bercakap2 dgn abah. Di hari pemergiannya mmg aku tak sempat nak tgk abah. Bila sampai ke rumah, abah dah tutup mata, dah tak bernafas lagi.. Aku ingat lagi masa tu kwn2 aku yg bwk aku balik umah family aku di taman melati.. Shima, Ija & Liza. Aku redha.
Banyak kenangan dan kisah tentang abah.. Kalau nak tau perjalan hidup abah, leh lah tgk blog abah saya ni ya.... Rindu sangat dgn abah.. Buat kawan2 hargailah ibu bapa kita sewaktu mereka masih ada di dunia ni... Perginya mereka, takkan ada penggantinya..
Angah sayangkan abah... Al-Fatihah buat abah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan