love

love

Selasa, Jun 07, 2011

Abah.. Part I

AL-FATIHAH buat arwah abahku, Mohd Ghazali Tocheh..


Hari ni hari lahir abah... Kalau abah ada, abah sambut hari lahir abah yang ke 62... Masih ingat lagi, bila nak sambut besday abah, aku mesti sibuk plan nak masak apa utk abah.. Sejak dari sekolah dulu lagi.. Nak beli hadiah tak byk duit sgt. Nak bagi abah makan.. Selalu plan ngan mak, nak masak special sempena besday abah.. Aku masih ingat lagi masakan kegemaran abah. Abah suka makan rendang ayam, masak lemak cili padi ikan tenggiri campur kacang panjang, pastu abah suka makan kari kambing, kari ikan... abah suka makan meehoon goreng.. masakan paling simple yg abah suka ikan bilis goreng campur bwg n cili api.. Abah aku org n9, jadi suka makan pedas... samalah cam aku.. hehe.. "ko masakkan abah rendang ayam ngah..." selalunya itulah yg abah akan cakap bila dia tergerak hati nak makan itu ini. Even lepas aku dah kawin pun selalu gaks abah request.. "masak ape hari ni ngah, abah nak datang nie..." tak boleh lupa kata2 tu. Bila abah nak datang, aku ngan hubby mesti sibuk nak beli barang nak masak makanan kegemaran abah.. even di hari terakhir abah, mmg dia datang umah & makan byk di rumah aku.. alahaii dah tak ada permintaan itu lagi.. aku rindu sgt panggilan dari abah suh aku masak... kadang2 tu bila masak masakan favourite abah yg juga menjadi masakan favourite aku, mesti teringat kat abah.. alangkah seronoknya bila abah ada.. sangat puas hati bila abah makan berulang bila aku masak makanan favourite dia.. "nasi ada lagi ker, abah nak tambah lagi.." itulah kata2 dia yg masih aku ingat.. alahaiii, rindunya kat abah.

kalau abah ada lagi, mesti abah happy dah ada 4 cucu... tak boleh lupa sewaktu kakyong melahirkan meor muhammad hakimi, dialah yang sibuk nak belikan baju raya buat cucu sulungnya itu... jenuh jugak aku ngan kaklang nak mencari baju melayu kimi.. konon2 nak buat surprised tak nak bagitau kakyong... masa beli baju melayu kimi tu, dipegang, dibeleknya baju melayu tu berulang kali.. suai tak ngan cucu sulungnya tu, kacak tak bila pakai baju melayu ni... agaknya itulah yg bermain2 dibenak abah.. tak boleh lupa juga bile time kakyong tinggalkan kimi kat umah taman melati (masa tu aku tak kawin lagik), berebut2 abah ngan aku nak jaga kimi.. yelah masa tu kimilah satu2nya penghibur hati keluarga kami.. cucu sulunglah katakan... sampai bila buai tergoyang sket sbb kimi mengeliat ketika tido, berebut2 aku ngan abah nak buai... itulah abah...

kemudian, bila aku dapat anak, dari stat aku ngandung abah asyik call tanya aku sihat ke tak.. sampai aku ngidam nak makan daging salai campur pucuk ubi masak lemak cili padi, abah org pertama yang sibuk nak carikan.. huhu tak sempatlah hubby aku nak cari, abah dah call kata "erul, ahad ni kita balik kg n9, gi umah maklang... angah nak makan daging salai ngan pucuk ubi tu..." alahaiii tersentuh rasanya hati... terima kasih abah... kenangan itu takkan angah lupakan.

Bila agh dah bersalinkan Batrisyia, abah turun seremban, tak sabar nak tgk cucu keduanya, gegurl... siap iqamahkan Batrisyia... Tapi abah tak sempat nak tgk anak aku besar.. tak sempat nak tgk Batrisyia meniarap, berjalan dan berlari. Dua bulan lebih lepas Batrisyia lahir... abah dah pergi meninggalkan kami semua utk selamanya. Abah.... Batrisyia dah ada adik.... Aleesya namanya, cucu abah yg keempat selepas adik kimi, Nor Sara Qistina...

Abah aku sangat istimewa orangnya... Aku bertuah dapat ayah seperti abah.. Abah aku banyak korbankan kehidupannya demi anak2nya... Aku sayang pada abah.. Sayang sangat.. Perginya abah tiada pengganti... Hanya kenangan menjadi ingatan hingga ke hari ini.

Abah aku orang buta. Tapi abah aku berjaya buktikan walaupun dia buta, serba kekurangan, dia mampu membesarkan kami 4 orang adik beradik perempuan hingga aku berada di tahap ini. Kalau bukan kerana mak abah, aku tak mungkin berada di tahap yg aku ada sekarang. Pada aku, aku sudah berjaya.. Aku mampu berdiri di kaki sendiri.. Ini semua pengorbanan dari mak abah yang mendidik dan membesarkan kami walaupun mereka banyak kekurangan.

Pada mak abah, mungkin mereka ada kekurangan. Tapi pada aku, mak abah sangat istimewa dan banyak kelebihan. Mak & abah adalah anugerah Tuhan yang tidak terhingga. Pada aku mak dah abah dah buat sehabis baik utk membesarkan kami 4 beradik. Masih ingat lagi sewaktu aku ngan kakyong masih kecil, sorang pimpin abah, sorang pimpin mak... ke sana ke mari naik bas, naik teksi. Susah jugak, kdang2 merungut jugak. Tapi ketabahan mak dan abah membuatkan kami menjadi kuat menjadi anak2 kepada Mohd Ghazali Tocheh dan Jamaliah Sidi ini.

Kenapa abah istimewa..? Kita sambung kisah abah part II ya.... =)


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...