love

love

Isnin, Mac 21, 2011

Al-Fatihah


Al-fatihah buat teman blogger, arwah abah_izz yang baru ku kenali... mendapat khabar beliau telah meninggal dunia melalui coretan isterinya di blog http://izzukasyahfamily.blogspot.com/. Aku mengenali arwah beberapa bulan yang lepas ketika kembali menulis di blog kesayanganku ini. Kemudian arwah menyapa di shoutbox dan menjadi follower... aku juga sentiasa mengikuti blog beliau, [Disebalik... Lensa Kehidupan-Pelbagai kisah mampu diungkapkan]..

Benar yang dijanjikan Tuhan, ajal maut jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan... bila-bila masa sahaja Dia akan menjemput kita pulang.

Buat keluarga arwah, salam takziah kuucapkan. Sabar dan hadapi dengan tenang di atas kehilangan orang tersayang. Semoga diberi kekuatan dari Allah swt dalam menempuh hari mendatang tanpa kehadiran arwah abah_izz... amin.. amin ya rabulalamin..

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...