love

love

Ahad, Februari 06, 2011

Mama : Aduhh Sakit Pinggang


Nak stori sket pasal sakit pinggang masa ngandung... Memang kali ni first time aku alami sakit pinggang yang amat sangat. Kalau dulu masa ngandung Batrisyia, tak adalah rasa sakit pinggang beria... rasa, rasa gaks, tapi biasa2 aja... iaitu masih boleh ditangani...

Tapi kali ini, Ya Allah, Tuhan shj yang tahu... Bagai rasa nak patah pinggang... baring tak kena, duduk tak kena.. berdiri lagi lah... sudahnya menangis sampai meleleh2 air mata... dah la masa kejadian ni kat umah mak mertua... dia pun sangat risau.. nak suh gi spital, lom masanya lagi, masa tu baru 33 minggu...

Terasa sakit pinggang ni selepas aku makan kuah rebung di kenduri kawin berhampiran umah mertua aku... padahal tak sampai sesudu pun kuah tu aku cedok.. sikit jer, bajet nak rasa... tapi setengah jam lepas tu memang terasa penangannya...

Bagai ditarik2 pinggang nih.. bagai disiat2 rasanya... Ya Allah, Tuhan aja yang tahu.. mujur waktu tu aku bersama suami tersayang, dialah yang gosok2 pinggang aku... tak berani juga gosok kuat2, takut effect baby... tapi aku akui, memang lega sikit bila dia gosok pinggang aku tu... erk..erk..erk... kuar angin... memang lega sgt.... tobat sungguh aku.... memang kena jaga makan betul..

Dua hari lepas tu sakit pinggang menyerang lagi.. masa tu pukul 5 pagi.. fuh meraung sekali lagi.. sampai tak leh tido... kali ni plaks rasanya perut aku dah masuk angin.. kipas betul2 atas pala, pastu tido tak selimut plaks.. effect gaks... fuh..fuh... rasanya macam dah nak terberanak pun ada.... aduhaiiii tobat.....

Pagi tu, lepas dah tak leh tido, aku pun saja laa search simptom2 mengapa sakit pinggang ni berlaku... rupanya mmg antara sakit sewaktu mengandung.. betullah kata mak, mengandung pertama, kedua tak sama.. sakitnya pun xsama... Ya Allah aku redha jer apa yg terjadi... kudoa semoga Engkau memberi kesihatan kepada aku dan bayi di dalam kandungan ku ini..

Inilah antara artikel yang aku search mengenai topik sakit pinggang....

Sakit Pinggang Dan Belakang

Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

sumber : http://www.hamidarshat.com/zuriat-buku-138/133-gejala-hamil.html

A. SAKIT PINGGANG
Punca-puncanya:

Biasanya masalah sakit pinggang ini adalah disebabkan tindakan perubahan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen ibu dan menyebabkan ada sebahagiannya tegang akibat daripada perubahan posisi dan bentuk badan.

Cara-cara Pencegahan:
1. Gerakkan tulang punggung secara pelahan-lahan, regangkan kaki dan bengkokkan lutut, ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas kemudian ke bawah dengan gerakan yang pelahan.
2. Tidurlah di atas tilam yang teguh, pusing tubuh ke sisi sebelum bangun.
3. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi kerana kasut bertumit tinggi akan mengubah kedudukan pelvis atau tulang punggung serta mempengaruhi tubuh ibu dan menyebabkan ketegangan.

Cara-cara Mengubati :
1. Jika sakit di bawah tulang bahu, cuba pakai coli yang lebih besar atau buka cangkuknya.
2. Pusingkan bahu secara perlahan untuk mengurangkan ketegangan dan mengendurkan otot-otot dibelakang.
3. Jika sakit jauh dibawah, terutamanya pada satu sisi, maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda.
4. Jika sakit di pelvis atau tulang punggung, cuba gunakan bengkung (gerdle) penyokong kehamilan jika terasa sangat sakit atau apabila anda terpaksa berdiri lama.
5. Gerakkan pelvis atau tulang punggung boleh juga membantu menghilangkan sakit pinggang.

sumber : http://akeyarfa-lovejourney.blogspot.com/2008/07/kesakitan-ketika-hamil.html

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...