love

love

Isnin, Jun 29, 2009

Adobe Test & Ragut... Erkkk..

Hari Jumaat, 19hb sebelum pegi Brainstorming kat PD, aku, azie n jesica (seperti dalam gambar :p) telah terpilih untuk buat Test Adobe, di mana satu syarikat education ni nak buat trial exam untuk Digital Certificate bagi Adobe Software iaitu Adobe Photoshop, Flash dan juga Dreamweaver. Aku dan Azie pilih nak amik test Photoshop sementara Jes pula nak amik test Dreamweaver di Phileo, Damansara. Kitaorang naik kereta kolej, tapi kena tong minyak.. huhu nasib baik Kak K Own kasi duit minyak :D

Kitaorang buat test adobe tu cam buat test JPJ... masing-masing ada pc sendiri lepas tu jawablah sendiri... Test tu nak kata susah boleh tahan jugak... Photoshop ada 39 soalan dan soalan tu ada yang kena apply skills imej yang aku biasa ajar anak murid aku... tapi soalan dia boleh dikatakan agak conpius gaks laa.. dalam masa satu jam aku kena abis kan test tu.. waaa tapi aku fail... aku ingat aku dah score banyak laaa sbb markah aku dalam 4ratus lebih sekali result keluar markah minimum ialah 600... banyakkkk nyerrr.... it mean bape markah penuh dia dengan hanya 39 soalan aje?? ermm tak apalah sekurang-kurangnya aku ada pengalaman amik test adobe nih...

nak dijadikan cerita dalam perjalanan kitaorng nak balik tu, satu pengalaman yang tak dapat dilupakan... Jesica hampir2 DIRAGUT.. oh my god.... tak guna betul mamat motor 2 EKOR tu... dia cuba tarik handphone di tangan Jes.. Spontan jes menjerit dan masa tu adalah orang2 yg keje kat area situ suruh kitaorg cepat2 jalan sebab takut MAMAT MANGKOK tu patah balik... Aku, Jes dan Azie beria-rian jalan menuju ker kereta yang sedang menunggu... Azie dan Jes hampir2 nak masuk LONGKANG sebab takut punya pasal... kalau aku tak jerit, agaknya adik2 aku nih jatuh longkang, dah jadi cerita lain... fuh seriau aku dibuatnya... walaupun benda tu tak kena kat aku.. tapi aku sendiri ketar lutut.. jes lagilah... pucat muka dia... kesian jes... kitaorang ni nak lari cam ner... masing2 pakai heel... apapun ALHAMDULILLAH kitaorang tak apa2 dan tak ada barang yg kena ragut, cuma masing2 FOBIA dan lepas ni mmg betul2 kena careful.. pada kawan2 aku Shima, Ija, Hanie, Elin, Awin, Yanti, Ida dan semualah... berhati-hati dan semoga anda semua dilindungi daripada perkara-perkara begini... amin...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...