(suci dan bersih dari dosa).
Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” – (Hadis riwayat Bukhari)
Tanda Bayi Ingin Tidur
Ada beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda sedia untuk tidur seperti:
- menggosok-gosok mata,
- menguap,
- menggaru-garu kepala,
- asyik melihat ke arah lain,
- meragam
"Tujuan utama tiga langkah ini diwujudkan adalah untuk memudahkan bayi menikmati waktu tidur malam yang berkualiti tanpa ada sebarang gangguan".
- Dr. Norrashidah Abdul Wahab, Pakar Perunding Kanak-kanak dan Pakar Paru-paru Kanak-kanak merangkap ahli APPSA Malaysia, Tidur Malam Berkualiti, Kosmo semasa kempen Ibu untuk Waktu Tidur Si Manja..
Waktu tidur bayi yang baru lahir adalah selama 16 hingga 20 jam, manakala bayi yang berusia dua hingga tiga bulan menikmati waktu tidurnya lebih kurang 12 hingga 14 jam.
"Ibu bapa tidak perlu bimbang sekiranya mendapati bayi mereka tidur dengan lebih lama kerana ia sudah menjadi perkara biasa. Semakin meningkat usia seorang bayi, semakin berkurangan waktu tidur pada siang harinya".
- Dr. Norrashidah Abdul Wahab, Pakar Perunding Kanak-kanak dan Pakar Paru-paru Kanak-kanak merangkap ahli APPSA Malaysia, Tidur Malam Berkualiti, Kosmo
Kepentingan Rutin Tidur Tetap Bagi Bayi
Kepentingan rutin waktu tidur yang tetap adalah bertujuan membantu kanak-kanak mengenali waktu malam serta menetapkannya sebagai masa untuk berehat dan tidur.
"Rutin waktu tidur yang tetap penting untuk membiasakan bayi berehat dan tidur dengan berkualiti agar dapat memaksimumkan kebaikan tidur itu sendiri. Secara tidak langsung, ia dapat membantu tumbesaran dari segi perkembangan sosial, kongnitif dan fizikal".
Gunakan tilam yang rata dan keras untuk bayi
Gunakan tilam yang rata dan keras untuk bayi. Penggunaan tilam air, tilam angin, banta
l yang lembut tidak elok untuk keselamatan bayi. Ini kerana apabila bayi menukar posisi tidur dalam keadaan meniarap, mukanya boleh terbenam ke dalam tilam atau bantal yang lembut itu. Kesannya, mereka akan mengalami sesak nafas.- Konsultan Pediatrik Paru-paru, Dr. Norrashidah Abd Wahab, Elak anak lemas tidur, Kosmo
Urutan Menambahkan Berat Badan Bayi, Melenakan Tidurnya
Urutan didapati merangsang urat saraf dan mengeluarkan hormon gastrin yang melancarkan penghadaman. Justeru, bayi berkeupayaan memanfaatkan semua zat pemakanan dengan lebih baik. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr Zulkifli pada 2001, 31 bayi yang diurut menunjukkan peningkatan berat badan yang menggalakkan.
Bayi yang diurut didapati meningkat dari segi kepekaan, kurang tekanan akibat penurunan hormon kortisol dan katecholamines, tidur lebih nyenyak, jarang menangis dan lebih mudah bersosial. Mereka juga berkembang lebih cepat, sihat dengan peningkatan berat badan yang lebih baik.
- Perunding Pediatrik, Dr Zulkifli Ismail dalam artikel Urut bayi bantu atasi masalah kemurungan tulisan Halina Mohd Noor, Berita Harian
- daribilikini.blogspot.com (pengamal perubatan)
Bekerja dari Rumah, Tahu Keutamaan Antara Kerja dan Anak
Jika anda berada di rumah bersama anak-anak dan anda fikir anda boleh melakukan kesemuanya, jangan lupa untuk membuat jadual masa yang berkualiti dengan anak-anak. Buatlah aktiviti yang anda harap seorang pengasuh akan lakukan – bawa mereka keluar bermain, bacakan mereka buku, bermain dengan mereka. Sebaik sahaja anda rasakan bahawa anak-anak anda tidak mendapat apa yang mereka perlukan daripada anda, carilah seseorang untuk menjaga mereka.
- Pejabat di Rumah – Suatu Penyelesaian? , ehomemakers.net
Bayi Selsema
Jika bayi anda selsema, sapukan minyak pada ubun-ubun bayi ketika bayi hendak tidur. Anda juga boleh menggunakan kunyit hidup yang dipotong melintang untuk disapukan pada pangkal batang hidung bayi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan