love

love

Khamis, Oktober 16, 2008

:: Sebelum Bulan Pose ::

Dah lama rasanya tak mengomel dalam blog tercinta… hehehe… disebabkan dah lama dan dah berkurun, aku nak memulakan berita terkini hiburan sensasi pada blog yang berwajah baru… hehehhe jangan mare ek… apapun maceh kepada hubby aku yang banyak mengupdatekan wajah baru blog aku…. Heheheh…. Maklumlah adinda mu yang tercinta ni dah sarat, tak larat nak dok lama2 cari design2 cantek2 utk blog ini… (cewahhh tak de kena mengena ngan perut)… huhu

:: Sebelum Bulan Pose ::

Sebelum bulan pose tu, kandungan aku tika tu dalam 7 bulan… Entah macamana aku dikejutkan dengan pendarahan (bleeding)… Pas aku buang air, darah menitik2… takut jugak… Aku terus tanya Kak Rahayu, our Deputy kat situ tentang kejadian nih… Dia kata kalau dah kuar darah, salah satu tanda nak bersalin… Tapi takkan lah sebab aku baru 7 bulan… Takkan lah kelahiran pra matang… apapun aku dinasihatkan utk berjumpa dengan doc..
Aku lantas menghubungi suamiku dan memaklumkan hal ni… kebetulan masa tu hari jumaat, jadi kenalah aku tunggu sampai hubby aku habis solat jumaat.. Nasib baik kawan2 mententeramkan aku…. Bergenang juga air mata nih… isau kalau apa2 terjadi.. Tapi dapat kurasakan baby dalam kandungan bergerak2….

Aku terus ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak, doctor memaklumkan kandungan aku dalam

keadaan baik.. Doktor suruh aku rehat dan jangan banyak bergerak.. Mana tak nya aku gi cerita laaa yang aku dok naik tangga 4 tingkat nak balik umah, tak cukup ngan tu tangga kat kolej aku daki lagi… pastu siap gi kuliah ke sana sini… ye lah dah keje kan

Sudahnya doctor kasi seminggu cuti kat aku… siap kasi obat kuatkan rahim… Alhamdulillah aku bersyukur kerana kandunganku dalam keadaan selamat. Lepas ni aku kena hati2….

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...