love

love

Jumaat, Jun 06, 2008

Pertandingan Projek Akhir

Pada 3 Jun ari tu.... Kolej aku mengadakan Pertandingan Projek Akhir 2008.. Dengan sebulat suara aku ni dilantik sebagai Pengarah Program... cewaahhh macam bagus plaks... memula tu aku tak nak... fuhhhh takutt tu... tapi disebabkan kepercayaan dari head program ni maka aku cuba jugak.. lagi pun kawan2 banyak bagi sokongan...

Act pertandingan ni sebagai satu inisiatif untuk melihat kebolehan dan kepakaran pelajar-pelajar semester akhir mempratikkan segala pengetahuan mereka sepanjang belajar di kolej ini... Pelajar yan
g terbabit adalah terdiri daripada Pelajar Tahun Akhir Bacelor & Diploma Sains Komputer serta Bacelor & Diploma Pengurusan Perniagaan. Di dalam pertandingan ini, pelajar yang terpilih merupakan diantara pelajar yang terbaik dari terbaik. Sebelum memasuki pertandingan ini seramai 159 pelajar dari Sains Komputer disaring dan 15 kumpulan pelajar dari Pengurusan Perniagaan dipilih untuk memasuki pertandingan yang berprestij ini... hah amik.. ingat AIM atau ABH jer yang ada anugerah berprestij.... Cybernetics pun ada aaarr... hehehe...

Sepanjang majlis berlangsung, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... sambutan dan sokongan dari semua warga cict termasuklah pelajar2 amat m
emberansangkan... kalau lepas ni aku dilantik jadi Pengarah Program Projek Akhir utk tahun 2009 confirm aku nak... ceh cam gile kuasa plakss... apapun, terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk aku menjadi orang penting di dalam majlis anugerah ini yang setahun sekali diadakan.... thanks to all my fren... shima, yati, abah kurrr, ija, jesc, jaya, sue, azhar, ustaz, abg aie, hilda dan semua-semualah...

cewahh... konon2 masuk paper n terpampang kat stadium screen... tu semua nak mengaburi bijik mata korang jer tuh... hehehe... sekadar frame ek tuan2 n puan2

aku n shima.... frens yang banyak membantu aku sepanjang program ini berlangsung... kekadang aku panggil dia shimot....
ni plaks aku shimot, jaya n yang belakang tu jes... semuanya orang kuat dalam program ini... semua aku suh uat keje... buat ibu mengandung berehat... hahahha

time ni aku kena bagi spech dan puji-pujian kat student... ketar gaks di buatnya... mana tak.. mengadapa deputy2 dan head2 school...semua pandang muka n perut aku yang cuak ni.. baby pun ketar agaknya.... shimot bantai gelak tgk muka aku.. hampess... haaa yg belakang tu abah kurr... yg ni maintain hensem dan maintain perut yg boroi... muahahahha

alamak... bila plaks su amik gambo nih... yang ni ngan orang kuat akademik.. pape kena lapor n mintak restu dari dia berkenaan ngan akademik khususnya student... en ihsan memberi komen2 membangun selepas aku selesai berucap....

yeahh... inilah salah sorang student yang confident dan interframe dalam membentangkan projek perniagaannya....

inilah dia projek perniaagaan cendawan yang dibuat oleh pelajar ini... bagus... satu usaha dan effort yang baik... dan yang paling baik bile abis present semua lect dapat sorang satu cendawan... aku balik buat cendawan goreng dengan tepung... fuhh sedap gilerr...

inilah juri yang mengadili Projek Perniagaan bagi Bacelor & Diploma Pengurusan Perniagaan... Disamping tertarik dengan persembahan pelajar... panel juri bergembira setelah mendapat cendawan... hehe thanx a lot buat Zu, Mr Pang n Kak Nez

Ni plaks panel juri bagi Kejuruteraan Perisian untuk pelajar Bacelor & Diploma Sains Komputer. khusyuk mendengar tetapi dalam ati nak minta cendawan satu lagi.. hahaha... thanx a lot buat Zaha n Jesica... aku pun jadi panel juri... sungguh giler kuasa... huhu


diantara pemenang bagi Pertandingan projek Akhir yang disampaikan oleh En Shidi...

Gambar kenangan kepada pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini... tahniah kepada pemenang...

Ini dia diantara orang kuat dan tulang belakang bagi Pertandingan Projek Akhir

Sempat lagi nak gambar... shimot sorang jerr lom kawin... yang lain semua dah bekerluarga... huhu

Hidangan Pagi untuk majlis ini... Aku siap makan dua pack... Biasalah, ibu mengandung... huhu

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...