love

love

Rabu, Februari 28, 2007

CemBuRu..??



DEFINISI

adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih
sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang
dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Cemburu juga boleh wujud
dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik
kandungnya.
KENAPA CEMBURU?

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya. Sesungguhnya sifat cemburu
adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung.

Ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’
seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan
jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk
dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang
lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu
buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah
rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya
boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah
dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang
positif dan cemburu yang negatif.



CEMBURU SINONIM DENGAN WANITA?? YE KERR...

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya
dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini
sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun
wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya
ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya
dikawal.



AKU DAN CEMBURU..

Aku kalau cemburu aku mesti termarahkan orang yang aku aku aim tu... senang citer mangsa-mangsanya ialah adik-adik aku, akak aku, kawan-kawan dan tunang aku sendiri... uwaaaa sowiiiiiii... tak sengaja... i luv u all so much.... sebenarnya aku nakkan perhatian... aku akan nangis...nangis dan nangis.... aku rasa org tu dah tak sayang aku.. teruk aku nih kan?? bile aku cemburu ia akan dicampur pula dengan rajuk panjangku... aku ni kadang2 tak pandai kawal perasaan... sampai kadang-kadang aku dah lukakan perasaan orang yang aku sayang... aku tau dia dh terluka... tapi bukan niat aku untuk melukakan perasaannya... aku akan rasa bersalah yang amat sangat... semua kerja yang aku buat semua tak kena.. aku tak boleh lakukan apa-apa pun... sukar aku nak melafazkan maaf walau aku tau aku yang bersalah... tu laa aku ni kekadang ego... ishh entahlah kadang2 soal hati dan perasaan nih sukar untuk dijangka.. aku sendiri sukar untuk memujuk hati sendiri inikan pula untuk memujuk hati orang yang terluka kerana aku... maafkan aku kalau terluka dengan sikapku ini.. aku janji aku akan cuba ubah sikapku ini...




CATATAN TERAKHIR - CEMBURU


CEMBURU ADALAH HAL YANG MULIA

BILA BERDASARKAN PADA AL QURAN DAN AS SUNNAH




CEMBURU ADALAH HAL YANG NISTA

BILA BERDASARKAN KEPADA NAFSU ANGKARA MURKA




CEMBURU ADALAH FITRAH MANUSIA

CEMBURU SEORANG ISTERI KEPADA SUAMINYA


CEMBURU SEORANG SUAMI KEPADA ISTERINYA

ADALAH CEMBURU YANG TELAH TERBIASA




NAMUN ADA CEMBURU YANG LUAR BIASA

CEMBURUNYA PARA NABI DAN SYUHADA

KEPADA MANUSIA-MANUSIA YANG BUKAN PARA NABI DAN SYUHADA

KEPADA MANUSIA YANG SENANTIASA BERCINTA DAN BERKASIH SAYANG DIANTARA HAMBA-HAMBA-NYA


Kekasih kita Rasulullah saw bersabda,"Di sekitar arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi dan syuhada', tetapi para nabi dan syuhada'iri pada mereka. "ketika ditanya oleh para sahabat,Rosulullah saw menjawab,"mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah, dan saling kunjung karena Allah"(HR. Tirmidzi). semoga kita termasuk kedalamnya. Amin.

"Sesungguhnya orang-orang mu`min adalah bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat [QS Al-Hujurat 10] "


"Tidak sempurna iman seseorang diantara kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri." (HR. Bukhori-Muslim).


"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah". (HR Imam Ahmad).

"Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mencintai dan berkasih sayang adalah ibarat satu tubuh; apabila satu organnya merasa sakit, maka seluruh tubuh akan sulit tidur dan merasa demam." (HR Muslim)


"Orang-orang Muslim itu ibarat satu tubuh; apabila matanya marasa sakit, seluruh tubuh ikut merasa sakit; jika kepalanya merasa sakit, seluruh tubuh ikut pula merasakan sakit."

(HR Muslim)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...