Sejak kenal ngan auntie penny, dia banyak ambil berat tentang aku dan keluarga. Auntie penny yang aku kenali memang pendiam orangnya… suka tersenyum, pandai mengambil hati dan selaluuuuu tolong orang… orangnya memang baik…. Kalau ada masalah, aku juga senang untuk bercerita dengan dia..Namun, tak semua yang aku tahu pasal auntie.. Auntie pandai simpan rahsia… Dia tak nak susahkan orang… dia tak nak orang tahu masalah dia… aku rasa bersalah sebab aku sendiri tak dapat mengcungkil masalah auntie sedangkan auntie banyak bantu aku sekeluarga… Petang semalam aku jumpa auntie kat hospital… tetap ceria muka auntie seolah-olah tiada penyakit yang ditanngungnya….
Auntie disahkan ada ketumbuhan dalam perut.. dah kritikal dan perlu di operate… antara sebab2nya kandungan acid dlm badan auntie tak stabil, pulak tu auntie selalu menghadapi gastric yang teruk… alahai, kesian auntie… aku doakan pembedahan yang bakal auntie jalani akan mengurangkan beban penyakit yang ditanggungnya… Semoga auntie jaga waktu makannya selepas ini….
- Auntie ngan Kak Lang -
- Aku ngan Auntie -
- Auntie yang suka tersenyum -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan